Khusrin: Sultan arah 'Dato Seri' Khir Toyo digantung

Penyerahan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” kepada Dr Khir Toyo pada 2001 adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya. 

sultan of selangor sharafuddin idris shahKeputusan berkenaan dibuat oleh Sultan Sharafuddin setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung.

“Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan,” kata setiausaha kerajaan negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atas mantan menteri besar Selangor berkenaan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Selain Dr Khir, darjah kebesaran Pengarah Ditamas, Shamsuddin Haryoni yang juga didakwa dalam kes yang sama turut digantung.

NONE“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara,” kata Khusrin. 

Semalam, Dr Khir dalam blognya menulis beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.

Beliau berkata pemulangan semula pingat itu bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung. 

khir toyo mansion 060709 08Dr Khir pada 6 Disember lalu, didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan