Melayu Tolak Islam Lebih Teruk Dari Kuan Yew Kata Nik Aziz

KOTA BHARU, 27 JAN: Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan orang Melayu yang menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme lebih teruk berbanding bekas menteri Singapura, Lee Kuan Yew. 

Menurut Nik Aziz, ini kerana Lee hanya meminta umat Islam di republik berkenaan tidak terlalu berpegang kepada ajaran Islam berbanding dengan segelintir Melayu yang beragama Islam di negara tetapi mengambil pendekatan nasionalisme.

“Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

“Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Lee Kuan Yew,” katanya semalam. 

Utusan Malaysia pada halaman enam akhbar itu hari ini memuatkan ulasan Nik Aziz berhubung tulisan Lee dalam bukunya yang berjudul  “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going” .

Buku tulisan Lee itu mendapat liputan meluas dan ada yang berpandangan ia menghina Islam. 

Tidak kurang juga yang menyifatkan Lee sebagai bersifat Islamofobia.
-tvsnews-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan