PAKATAN DITERIMA MASYARAKAT TIONG HUA

Oleh: MEDIA PAS
PIMPINAN Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Yang Di Pertua PAS Batu Sapi, Hj. Hamzah Abdullah, berserta AJK PAS Kawasan Sandakan; pimpinan DAP George Hiew dan PKR Sandakan yang diwakili oleh Zainuddin Hassan, telah membuat lawatan ke pasar-pasar sekitar Kawasan Batu Sapi dan Sandakan serta bersalaman dengan masyarakat Tionghua sambil memberikan kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2011.

"Kami berpuas hati di atas sambutan yang begitu mesra yang ditunjukkan oleh masyarakat Tionghua", ujar Hamzah yang berbangga kerana ada penjaja yang melaungkan kata-kata 'reformasi' serta laungan hidup PAS!

Tambah Hamzah, pihaknya akan terus menziarahi masyarakat di sekitar Batu Sapi dan Daerah Sandakan bagi mempereratkan hubungan serta silaturrahim.

Kelihatan dalam gambar Hj. Hamzah bersama rombongan pimpinan Pakatan Rakyat ketika melawat pasar di Tanah Merah dan beramah mesra dengan pengunjung pasar tersebut yang terletak dalam kawasan Batu Sapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan