Pemuda bedah, buang alat sulit di taman

CHESTERFIELD (UK): Seorang pemuda berusia 22 tahun dipercayai menjalani pembedahan membuang alat sulitnya sendiri di rumah sebelum melemparkan organ berkenaan di sebuah taman, di sini.

Pemuda yang tidak dikenal pasti identitinya itu menunggu 24 jam sebelum muncul untuk rawatan di unit kecemasan Hospital Diraja Derbyshire di sini.

Ketika tiba di unit kecemasan, dia memberitahu kakitangan hospital yang dia hanya mengalami sedikit kesakitan ekoran pembedahan dilakukannya itu berbanding yang dijangka sebelum ini. Menurut jurucakap Hospital Diraja Derbyshire, kes pemuda itu luar biasa.

“Seorang pemuda berusia 20-an datang ke hospital kami tanpa alat sulitnya. Dia memberitahu kakitangan kami dia membuang alat sulitnya, semalam,” kata jurucakap itu. Pemuda itu meninggalkan hospital sebaik menjalani rawatan dan dia dinasihatkan doktor supaya menemui pakar psikiatri kerana dipercayai mengalami masalah kekeliruan jantina. 
-Agensi-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan