Pilihan raya kecil ke-15 di Selangor?

Khabar angin bahawa kemungkinan negara bakal menyaksikan pilihan raya kecil ke-15 bertiup kencang apabila dakwaan mengatakan bekas ADUN PKR, Badrul Hisham Abdullah (bawah, bersongkok) telah gagal menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

selangor mb adun and parliament rep gatherng badrul hisham abdullah 130209 02Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

Akhbar harian Cina, Sin Chew hari ini melaporkan Badrul Hisham dikatakan gagal menghadirkan dirinya ke sidang DUN sejak enam bulan lalu dan menimbulkan kemungkinan pilihan raya kecil diadakan.

ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN.

NONESebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.

Pada sidang media 29 Oktober 2009, Badrul Hisham mengumumkan hasratnya untuk mengekalkan kerusinya sebagai ADUN Bebas dan berkata beliau tidak dipaksa sesiapun dalam membuat keputusan berkenaan.

Dia memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

azlanBadrul Hisham mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Teng tidak tahu


Sementara itu, speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim ketika dihubungi Malaysiakini berkata khabar angin itu bukan berpunca daripadanya.

“Apa yang anda sampaikan adalah berita bagi saya. Saya tidak tahu kerana bukan saya yang mengeluarkan kenyataan mengenai Badrul Hisham. Berita itu bukannya datang dari saya,” kata Teng.

Ditanya sama ada benar Badrul Hisham gagal menghadiri sidang DUN lebih enam bulan, Teng berkata beliau perlu menyemak rekodnya sebelum mengesahkan perkara berkenaan.

Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan