Rugi RM30 Juta : Jawapan BODOH dari Koh Tsu Koon..

AnakSgDerhaka
Ini adalah penjelasan dari Koh Tsu Koon setelah diminta menjelaskan tentang kerugian sebanyak RM30 Juta yang di tanggung oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang turut terlibat dengan pembangunan Pulau Jerejak.

Untuk makluman projek itu adalah kerjasama antara Penang Development Corp (PDC) dan Urban Development Authority (UDA), dan prohek ini ialah membangunkan resort peranginan yang dikenali sebagai Tropical Island Resort (TIR) telah dimulakan pada tahun 2001.

Artikel lengkap berkenaan projek sila baca di SINI.

Menurut Koh Tsu Koon Projek Pulau Jerejak itu adalah mangsa dari krisis ekonomi dunia dan ianya adalah diluar kawalan, jadi kerajaan negeri yang ada sekarang wajar meneruskannya.

Jawapan-jawapan bodoh oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang diluahkan dengan penuh emosi oleh Koh Tsu Koon menurut Media UMNO ialah:

- Krisis ekonomi atau kewangan yang telah melanda dunia pada tahun 1997 dan 1998 telah menyebabkan kedudukan kewangan kurang stabil.

- Tragedi 911 yang melanda World Trade Centre di Amarika Syarikat, yang menyebabkan masyarakat dunia menghadkan perjalanan keluar Negara mereka.

- Epidemic atau wabak SAR yang melanda pada tahun 2003 juga antara sebab kerugian projek itu.

- Dan Tsunami politik pada tahun 2008 juga telah menyebabkan projek itu tidak dapat diteruskan ke fasa seterusnya.

Kenapa alasan itu dikatakan bodoh?
Kerana projek dimulakan pada pertengahan Januari 2001 tanpa menyedari pada tahun 1998 dunia dilanda krisis kewangan, setelah ianya dikatakan rugi krisis kewangan itu dikatakan antara puncanya jadi mengapa tidak dikaji dahulu kesan krisis kewangan tersebut terhadap projek sebelum ianya dimulakan?

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan