ustnik
Serba-salah. Jika ustaz dan ulama melarang menyambut tahun baharu dikatakan jumud, ekstrim. Bila dikatakan kalau nak sambut tak payahlah konsert haram, cukup dengan solat hajat atau baca Yaasin dikatakan Nabi tidak buat.
Kalau dikatakan, sambutlah kerana ia adalah sebagai satu semangat kenegaraan, maka akhirnya apabila bayi dibuang, masalah remaja kronik, yang menerima penangan ialah ulama lalu dikatakan: ‘Apa yang ulama buat?’ Namun, seperti sudah satu budaya saban tahun, sambutan tahun baharu mesti diadakan. Kalau tak dibuat, ‘berdosa’ kepada negara agaknya.

Benar. Nabi SAW tak pernah buat dan tak pernah menganjurkan demikian. Budaya yang kita warisi ini entah dari mana datangnya.
Apabila Tsunami merempuh Acheh 6 tahun lepas, kita insaf sekejap. Kita tiadakan sambutan awal tahun kerana meraikan derita penduduk Acheh. Boleh pulak tak sambut tahun baharu? Ertinya tahun tak buat sambutan tahun baharu itu ‘berdosa’ lah kita ya? Bila Tsunami tiada, insaf kita hilang. Ertinya nak kena Tsunami dahulu baharu insaf?
Jangan begitu. Keadaan aman tenteram, damai yang dikurniakan Allah janganlah menjadi istidraj untuk berpesta dan bersambutan tak tentu kalu (kata orang Terengganu). Yang padahnya selepas membuat kiraan ‘countdown’ 10, 9, 8, 7,… tepat jam 12 malam, sepuluh bulan lagi kita akan mengira 1, 2, 3…100 orang bayi baharu lahir dan dibuang.
Apa yang untung, apa yang rugi? Selagi tidak kembali kepada fitrah dan Islam yang memandu, dengan negara diterajui pula oleh para fusaqa’, maka Tsunami akhlak tetap melanda. Akhirnya, apa alternatif untuk sambutan tahun baharu ini?

Tunggu 9 bulan lagi dapatlah hasilnya kat tong sampah ke....
BalasPadam