Zulkifli Nordin Kejam Dan Hina : Dr Asri

 Membaca kebanyakan tulisan YB Kulim Bandar Baru seringkali meyeramkan bulu roma dan menimbulkan rasa mual, benci kepada yang empunya badan, apatah lagi beliau sering mengulang-ulang perkataan "Pak Jangout" dalam nada atau ayat menghina para ustaz (yang sememangnya tidak maksum dan tidak sunyi dari kesalahan), sedangkan dia juga ada menyimpan sejemput janggut, seperti meludah ke langit kena batang hidung sendiri.

Bertambah meluat lagi apabila beliau sering berhujah seolah-olah beliau seorang ilmuan dan mempunyai taraf kesolehan yang tinggi, pakar dalam penghayatan Islam dan kononnya dialah penegak Islam yang sebenar.

Sejak menjadi MP bebas, beliau tidak sunyi dari menyerang PR, habis semua Parti di dalam PR dilibasnya, segala tindak tanduk PR semuanya dilihat dengan penuh negatif dan dituduh jahat dan sering dihujahkan yang beliau mendapat maklumat dan tahu apa sebenarnya perancangan jahat PR.

Terbaru beliau ada mencadangkan hukuman bunuh kepada mereka yang engkar kepada Titah Sultan, Masya- Allah!!! apa ganjaran yang diidamkannya dengan ampuan sebegitu hanya Allah saja tahu. Baca sini.

Belum selesai rasa marah dengan sikap pengampu berlebihan YB Zul itu, terlihat saya artikel terbaru Dr. Asri yang bertajuk  "Bunuh Pengkritik Sultan Satu Cadangan Yang Hina" (klik pada tajuk untuk baca).

Rasa-rasa macam tak ada orang lain dah walaupun tulisan tersebut diumumkan kepada semua orang ia lebih tepat menuju kepada YB Zul. Eloklah YB Zul dengar saranan DR Asri, bertaubatlah dan hidup sederhana serta jangan terlalu over sangat./Wartashubhi
 -selatanonline.net-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan