Bersyukur apabila peminum dah jadi ahli Rukun Tetangga!

PolisPencen

Saya ada seorang kawan, sudah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Satu tarbiat yang kurang baik pada dirinya ialah suka menyimpan gambar-gambar lucah. Hampir penuh harddisknya dengan gambar-gambar itu. Banyak kali saya nasihatikah dia, tapi dia buat tak endah aje. Malah semasa bersembang dia masih menegakkan hobinya.

Aku simpan gambar itu bukan apa sekadar nak tunjukkan tak ada bezanya zaman dahulu dengan zaman sekarang, tegas beliau.

Dahulu gambar-gambar ini (dia fokus gambar lucah zaman Jepun) dah ada, sama aje. Hanya teknik fotografi sahaja berbeza.

Saya menambah, dahulu tak teruk couple seperti sekarang. Dia menafikan, ehh dulu teruk lagi. Zaman dahulu orang perempuan mandi di perigi. Dia keluar rumah kadang kala waktu maghrib untuk mandi. Ada jantan dah tunggu tepi pokok kelapa. Mereka buat projek di situ aje. Tak kira isteri orang ke, hanya tak heboh macam sekarang.

Saya terdiam.

Saya terbaca tulisan seorang penulis bernama Kickdefella. Rasanya tak berminat untuk linkkan artikel ke blog  penulis ini kerana dia mula mengadai diri daripada blogger kepada "penulis pelacur".

Dia sudah menjadi seorang yang benar-benar mengamal "nahi mungkar". Banyak pendedahan dalam blognya mencerita tentang pelacuran (zina), pejudian dan saya belum terbaca lagi pendedahan tentang "geng minum arak"!!

Mungkin orang kata minum arak tak melibatkan orang lain. Dosa dengan tuhan aje. Tapi ada kisah menunjukkan arak adalah ibu maksiat. Kalau orang minum arak fikirannya mula tidak menentu. Kalau penulis minum arak, dia boleh menulis tanpa mengira dosa dan pahala.

Saya berpendapat untuk mengambil gambar aktiviti minum arak di Kelantan tidak menjadi masalah kepada Kickdefella berbanding nak ambil gambar aktiviti pelacuran dan pejudian!

Dulu masa dia bersama dengan YB Husam Musa, dia tidak begitu aktif dalam pendedahan ini, mungkin belum  mendapat ilham dan petunjuk. Sayang kalau ilham dan petunjuk daripada Allah s.w.t. ada semasa dia berada bersama YB Husam sudah pasti pendedahan menjadi lebih menarik lagi.

Saya rasa kalau dia pergi ke beberapa negari lagi, Selangor misalnya dia sudah pasti akan membuka 3 atau 4 blog bagi menulis tentang gejala ini. Tak cukup tangan rasanya dia akan bekerja untuk pendedahan ini demi untuk Allah s.w.t. mengikut apa yang saya baca di blognya.

Satu petikan tulisan Kicdefella menarik untuk di ketengahkan;

Sementara itu saya beri masa untuk anda semua melemparkan segala tuduhan kepada saya. Kata saya mabuk, kata saya kaki botol dan macam-macam lagi bagi menafikan apa yang akan saya dedahkan untuk beberapa hari yang akan datang.


Saya tidak akan menulis lebih daripada itu, sekadar bercakap pasal prinsip dan maruah. Kalau si penulis membangkitkan tentang ayahnya berperinsip (saya baca pasal borbong) tapi sebenarnya penulis hanya manusia ilusi yang telah mengadai maruah demi mencari sedikit pendapatan hidup!

PAS Kelantan bukanlah satu contoh yang terbaik, tapi usaha ke arah mendaulat Islam telah dilakukan. Masalah arak, judi dan pelacuran bukan satu yang mudah untuk dihapuskan 100%. Tapi tidak boleh membiarkan begitu sahaja, sekurang-kuragnya pendedahan ini membuka mata kepada pimpinan PAS di sana untuk melihat sejauh mana perlaksanaan Islam boleh diperkemaskan lagi.

Anggapkan pendedahan itu suatu yang positif, biarlah dia (kicdefella) membuncit perut sahaja semasa berada dalam pentadbiran PAS. Dia telah bertukar daripada "borbong" (saya tak pasti ejaan bahasa daerah di Kelantan) kepada "anjing upahan".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan