Kenapa ustaz itu marah dicetak rompak? arrggghhhh..

modayu 

Album amy search dicetak rompak beribu-ribu salinan kerana 'perompak-perompak dalaman' telah berjaya membawa keluar 'master copy' dan dijual kepada perompak-perompak diluar.Harga bagi CD cetak rompak telah dijual hampir 3 kali lebih murah dari yang asli. Pihak berkuasa telah melancarkan 'perang' terhadap kegiatan cetak rompak ini secara besar-besaran untuk melindungi periuk nasi artis-artis ditanah air ini.Perang terhadap cetak rompak ini berlarutan sehingga kehari ini dan dengan tindakkan perang tersebut,hasilnya amat memberangsangkan.

Kegiatan cetak rompak berjaya dikurangkan...ini disebabkan semua artis sudah tidak lagi membuat album baru dan menyebabkan periuk nasi mereka sudah hampir berkarat..pelikkan! AKAN TETAPI, INI LAGI PELIK!!


Sedarkah kita bahawa agama itu bukan milik Arab Saudi.Ilmu agama itu bukan milik mufti dan bait-bait azan itu bukan milik muazzin?Pernahkah kita terfikir bahawa CD/DVD bercorak agama itu adakah milik sepenuhnya sipengeluar CD/DVD tersebut.

Sedih bila baru-baru ini, terdapat seorang ustaz yang popular di ruangan facebook/youtube telah menyekat pengaliran ilmu agama dari merebak kesegenap pelusuk dunia ini. Beliau dengan nada kecewa mengatakan sepertimana para-para artis pernah mengatakan dahulu bahawa menyalin kembali CD/DVD ceramahnya adalah seperti 'merompak' harta miliknya dan hukum merompak adalah haram. Untuk kes artis-artis yang menyanyi dengan lagu mereka sendiri adalah senang difahami kerompakkan tersebut. Tetapi untuk kes ustaz ini amatlah jauh berbeza.

Beliau mengatakan bahawa CD/DVD ceramah beliau adalah hak cipta beliau. Sebarang salinan dan persembahan dikhalayak ramai adalah dilarang. Akan tetapi yang menjadi kekecewaannya disini adalah, jika ada pihak yang berjaya mengeluarkan CD/DVD keluar dari peti rahsia ustaz itu barulah dinamakan mencuri kerana harta tersebut itu sememangnya milik ustaz tersebut.

Jika CD/DVD itu sudah terjual dan pembeli tersebut merasakan isi kandungannya amat bagus dan ingin berkongsi dengan sahabat yang lain dengan menyalin semula kandungan tersebut kedalam CD/DVD yang lain, maka salah ker perbuatan tersebut. Untuk pengetahuan, isi kandungan ceramah tersebut bukan milik total ustaz yang berceramah didalam DVD itu. Isi kandungan yang diceramahkan itu adalah hak milik umat islam. Ayat-ayat Alquran mahupun hadis-hadis nabi yang dibacakan didalam cermah beliau itu adakah hak milik beliau?

Sepatutnya bagi seorang ustaz yang terkenal dewasa ini, beliau harus menggalakkan CD/DVD ceramah agamanya diulang cetak oleh orang lain agar ilmu agama itu terus tersebar keserata pelusuk dunia dan tidak mensyaratkan itu dan ini yang kelihatan seperti menjual agama untuk kesenangan yang sedikit. Beliau tiada hak langsung keatas isi kandungan yang diceramahkannya walaupun wajahnya terpampang didalam video tersbut. Ini kerana penyampaian ilmu itu berstatus 'wajib' disampaikan walau macamana sekali pun. Biarlah dicetak rompak atau ustaz itu tidak mendapat satu sen pun dengan penjualan tersebut, sudah menjadi kewajipan baginya untuk menyampaikan ilmu kepada orang lain.

Jika ustaz tersebut berkeras hendakkan pulangan dari ceramah-ceramah yang dirakamkan itu, maka beliau juga harus membayar kepada Allah dan rasulullah, royalti kerana setiap ceramahnya akan dibaca hadis-hadis dan ayat Alquran yang pasti bukan ciptaannya dalam menguatkan hujah-hujah beliau. Apa yang kita takuti sekarang adalah, bukan sahaja rakyat awam seperti saya ini yang terpalit dengan daki dunia, para-para pengajar/da'ie ini pun sudah tergoda dengan daki dunia ini juga.

Berapa ramai para-para da'ie ini mengenakan caj yang tinggi dalam 'dakwah' harian mereka dengan tanpa membayar 'royalti' kepada Allah dan Rasulnya kerana menggunakan kata-kata dan ayat-ayaNya. Ianya cukup menyedihkan bagi umat islam. Nasihat dan tunjuk ajar para 'pendakwah' ini hanya menjual kata-kata Allah dan Rasulnya demi sedikit kemewahan yang dirasanya terlalu besar. Jika para da'ie itu datang mengajar dengan menaiki kereta mewah, maka sipemanggil penceramah tersebut harus faham akan jumlah bayaran yang sepatutnya dibayar kepada beliau.

Hati dah semakin geram. Golongan yang disandarkan harapan dalam 'membaikpulih' masyarakat dan menyampaikan isi kandungan agama ini menjadi mewah dengan ilmu mereka. Akan tetapi diluar sana, ramai lagi yang kecundang dengan nafsu dan hanyut dengan ilusi mereka sendiri yang sering dipantau oleh para-para syaitan. 

Yang baik Itu Allah.


 md daud yusri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan