Ketua Pemuda Gerakan Kedah jadi 'gila khinzir'

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur water cannon 1malaysia 1
Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang mengecam PAS dan PKR hari ini kerana mengadakan demonstrasi pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina (CNY).


Tahun baru Cina, kata Tan, adalah perayaan utama di negara ini yang dirayakan oleh semua rakyat Malaysia.

Atas sebab tersebut, Pemuda Gerakan Kedah kesal kerana pemimpin PAS dan PKR dan ahli mereka mengadakan demonstrasi hari ini, menyokong gerakan pro-demokrasi di Mesir, Tan.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak menghormati perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia.

"Hari kedua Tahun Baru Cina merupakan hari cuti umum untuk semua rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan