Lokman: Mengapa saya cuba larikan fail

NONE
Bekas pengerusi pro-M UPM, Mohd Lokman Al-Hakim Low Abdullah berkata beliau yakin bahan-bahan bukti yang dijadikan alasan untuk membatalkan kemenangan semua calon pro-M yang menang di Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah palsu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Lokman mendakwa, ia termasuk bahan bukti yang didakwanya mengandungi tandatangan palsu dari calon yang membantah mengenai dengan pencalonan pro-M dan resit yang dibayar sebanyak RM100 atas nama 'Khairul Faizi'

"Saya minta (bahan bukti itu) dari timbalan naib canselor (TNC (timbalan naib canselor) HEP, saya minta nak tengok, lepas itu saya cuba bawa keluar menyebabkan TNC menjerit," katanya

Berikutan itu, katanya, beberapa pengawal keselamatan berkejar ke situ dan dan menahannya.

Pengawal keselamatan tersebut kemjudian bertindak merampas balik fail dari Lokman. 

Dalam keputusan pilihan raya kampus kelmarin, pro-M UPM menang 11 kerusi daripada 43 kerusi yang dipertandingkan.
NONE
Bagaimanapun, pihak UPM bertindak membatalkan kemenangan tersebut dengan alasan mereka berkempen secara kumpulan yang dilarang oleh peraturan kempen.

Berikutan itu, kira-kira penyokong pro-M berkumpul di hadapan pejabat TNC membantah keputusan tersebut.

Lokman adalah antara enam pemimpin pro-M yang dibenarkan masuk berjumpa dengan Dr Fauzi bagi membincang perkara tersebut.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan