Melayu Hidup Atas Duit Dan Beras Tumpah.

BayangDiAir

Di Ipoh, 22 Febuari 2011,  orang ramai  berebut-rebut mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan mangsa  dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu. Dalam kejadian itu, Ahmad Rozlin cedera parah manakala rakannya, Hanafi, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.

Di Rembau, 17 Januari 2011 lalu, pengguna lebuh raya begitu rakus untuk mengutip duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas Lebuh Raya Utara-Selatan dan kawasan rumput berhampiran.. 

Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux yang membawa sebuah peti besi besar berisi duit syiling dirempuh sebuah kereta BMW sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 234, susur keluar Pedas.

Melayu daripada organisasi mana diajar samun duit dan beras tumpah di atas jalanraya. Penulis terkesima melihat bangsatnya bangsa Melayu entah daripada oraganisasi sekular mana sehingga sanggup jual maruah dengan cara memungut duit siling dan beras dengan cara yang memalukan sekali. Bukan empat lima orang, sebaliknya berpuluh-puluh orang berebut duit siling (yang bukan milik mereka) di depan khalayak ramai. Segenap peringkat usia dan bangsa di Malaysia dapat memerhatikan gelagat mereka melalui TV dan akhbar. Hidup Melayu dengan cara begini rupanya. Hidup Melayu! Demikianlah slogon yang dikumandangkan oleh orang Melayu kampung, orang Melayu Bandar dan orang Melayu yang berdiri di hierarki kuasa dan ilmu di universiti.

Kita dapat meneka persepsi bangsa lain terhadap perangai umat Melayu di zaman riuh-rendah menjaga ketuanan Melayu. Dalam situasi demikian, sepatutnya orang Melayu (yang dipuji di Tanah Suci Mekah dan Madinah kerana sopan santunnya ) menolong mangsa kemalangan. Sebaliknya mereka tergamak membiarkan mayat dan mangsa kesakitan. Mereka kaut pula beras dan duit 10 sen yang bertaburan di atas jalan raya macam mereka kutip harta mak bapak mereka. Penulis tertanya-tanya daripada organisasi manakah mereka ini. Kalau tak sekular, tak akan buat kerja hina-dina ini. Organisasi yang mentarbiyahkan ahlinya dengan dosa pahala tidak akan melahirkan bangsa sebangsat begini. Aduh, hidup Melayu. Benarkah inilah manifestasi ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh bangsaku?

Entah apalagi yang akan berlaku nanti. Apakah Allah hendak tunjukkan ‘tinggi-rendahnya’ nilai ketuanan Melayu? Generasi inikah yang akan mewariskan negara kepada generasi Melayu seterusnya. Kalaulah ini yang dikatakan ‘Hidup Melayu’ dan ‘Ketuanan Melayu’ samalah seperti serigala yang menghurung bangkai. Menggigit, menyalak, menggigit, menyalak. Sambil mengisi perut dengan hasil-hasil haram, sambil menerawangkan suara ke udara. Kata mereka, HIDUP MELAYU.

“Ayuh Mari Bersama Memuliakan Melayu Di Bawah Payung Islam.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan