Nik Aziz memang seorang ulama dan alim

mahmod

 
Utusan Malaysia (U/M) melaporkan hari ini  3/2/2011

”Nik Aziz telah mengeluarkan banyak kenyataan yang bercanggah dengan syarak seperti menyifatkan Tuhan sebagai samseng dan sebagainya.”

Bagi anna jika anda faham Laghotul Arabiyah- kenyataan diatas memang tidak salah dari syarak dan jelas Nik aziz itu bersifat Alim yang amat faham dan berilmu tentang sifat-safat Allah.

Memang benar dan kenyataan di atas amat tidak bercanggah dengan nama-nama Allah iaitu AL JABBAR (maha bersifat maha perkasa) AL-QAWIYYU (maha bersifat maha kuat) AL-MUNTAQIMU (maha bersifat maha memaksa) AL-QAABIDHU dan AL-MUDZILLU dan seagainya.

Amat jelas pihak akhbar  U/M menggunakan pendekatan teori AGENDA SETTING THEORY bertujuan mengelirukan orang melayu dan pembaca tegar U/M. Sudah sampai masanya PERKASA mengkepalai kumpulan membuat demostrasi membantah pendekatan akhbar U/M yang jelas cuba memecahbelahkan umat melayu dan berita yang dimuatkan dalam U/M banyak pendekatan menggalakkan budaya dan sifat benci di kalangan umat melayu sendiri.

Bagi yang cuba mempersendakan Nik Aziz, sila belajar lagi ilmu hadith dan tafsir surah Al-fatihan secara mendalam dan fahami ayat-ayat tersirat dulu sebelum nak tonjolkan SIFAT KEJAHILIAHyang nyata itu.
-tranungkite-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan