Suhaimi Mokhtar: Ghadafi menunggu saat tumbang

Suhaimi Mokhtar
Seluruh Rantau Timur Tengah kini menyaksikan revolusi kebangkitan rakyat yang pada saat ini sedang melanda Libya, Yaman, Algeria, Morocco, Bahrian, Jordan, Kuwiet, Djubuti dan lain-lain negara. Revolusi kebangkitan ini akan melanda seluruh jazerah Arab sehingga ke Saudi Arabia. Rantau ini memang selamanya sentiasa bergolak sejak wujudnya regim haram zionis Yahudi dibumi Palestin pada 1948.

Rantau itu menyaksikan peperangan demi peperangan antara regim zionis dengan negara-negara Arab barisan hadapan, iaitu Mesir, Jordan dan Syria. Pada 1979 Revolusi Islam Iran telah menumbangkan regim Shah Iran yang mati dalam buangan dan terbentuknya kerajaan yang di pimpin oleh Imam Khoemaini yang kembali dari buangan di Peranchis.

Rantau yang sentiasa bergolak itu kini mencipta sejarah baru apabila rakyat negara-negara ini bangkit memperjuangkan hak dan kebebasan mereka dengan menebus maruah setelah berada dibawah pemerintahan diktator, kukubesi, zalim dan menindas.

Kebangkitan revolusi rakyat dinegara-negara ini berkelangsungan setelah 32 tahun Revolusi Islam Iran.Di permulaan revolusi Iran,Imam Khoemaini pernah menganjurkan hasrat untuk mengexport revolusi kenegara-negara umat islam lain.Agaknya Imam Khoimeini mampu meramalkan apa yang sedang berlaku sekarang ,apabila menyebut untuk mengexport revolusi ke negara umat islam.

Hasrat ini tidak tercapai segera,tetapi ia mengambil tempat 32 tahun emudian.Sama ada revolusi kebangkitan rakyat dinegara-negara rantau Timur Tengah kini ada hubung-kaitnya dengan revolusi Iran tidak penting, tetapi hakikatnya dunia sedang menyaksikan satu kebangkitan besar rakyat diseluruh jazerah Arab yang bakal nanti menjangkau keseluruh bumi umat islam seluruh dunia.

Raja Abdullah, Saudi Arabia sekembalinya dari bercuti sakit diluar negara telah mengumumkan peruntukan berbilion dollor untuk rakyatnya dan Sultan Oman juga mengumumkan peruntukan kenaikan gaji untuk rakyatnya. Semuanya ini bagi membendung kebangkitan revolusi rakyat merebak kenegara mereka.

Apa pun yang dipanggil mengikut tanggapan dan kecenderungan masing-masing tentang kebangkitn revolusi rakyat ini. Ia adalah kebangkitan islam yang menyeluruh diseluruh negara umat islam.Kebangkitan ini berkelangsungan selepas kejatuhan Iraq,Afghanistan yang sehingga kini masih ditakluki dan dijajah oleh negar a kuasa Amerika Syarikat(AS) dan sekutu baratnya.

Umat islam melihat konflik dan penentangan rakyat Palestin dari pimpinan Hamas dan rakan-rakannya yang berpaksikan islam terhdap regim zionis Yahudi tidak sampai kemana-mana pun. Rakyat Palestin terus sengsara dan menderita dibumi yang ditakluki regim zionis yang didukung dan dijulang oleh AS dan sekutunya serta negara talibarut mereka.

AS dan barat berkerjasama dengan PLO dan Fatah dan regim-regim Arab yang bersekongkol dengannya untuk kononnya membahagikan bumi Palestin dengan melahirkan Negara Palestin dalam peta damai dua negara yang beriringan antara satu dengan lain.

Kebangkitan revolusi rakyat dibumi-bumi umat islam di rantau Timur Tengah ini, walaupun mempunyai faktor-faktor segera seperti penggangoran dan kemiskinan,isu kebebasan bersuara dan hak asas manusia,kekejaman dan kezaliman serta lain-lain,tetapi faktor kebangkitan islam dan isu konflik Palestin tetap mendasari hakikat perjuangan kebangkitan revolusi rakyat ini.
Baca selanjutnya di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan