KUALA LUMPUR, 25 FEB: Suruhanjaya yang ditubuhkan bagi menyisat punca kematian mendiang Teoh Beng Hock mendedahkan bahawa pen yang ditemui pada poket mangsa diberikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari mendiang ditahan.
Bagaimanapun, menurut Pegawai Penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal, beliau tidak melakukan pemeriksaan sama ada dakwat tulisan nota misteri, yang dikatakan ditulis oleh mendiang, datang dari pen yang sama.
Nota kontroversi itu dipertikaikan selepas dikemukakan sebagai bukti ketika inkues menghampiri peringkat akhir tahun lalu.
Hari ini, Ahmad Nazri berkata beliau dimaklumkan yang SPRM memberikan pen itu kepada Beng Hock pada satu majlis yang diadakan di Plaza Masalam, Shah Alam pada hari dia ditahan untuk siasatan.
“(Maklumat) ini berdasarkan satu kenyataan daripada seorang pegawai SPRM. Saya tidak boleh ingat siapa,” kata Ahmad Nazri.
Semalam, Suruhanjaya Siasatan menegur Ahmad Nazri kerana tidak menjalankan tugas dengan teliti ketika menjalankan siasatan ke atas kematian Beng Hock.
Seorang anggota panel suruhanjaya itu, Datuk T.Selventhiranathan yang juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan berpendapat kes kematian Beng Hock yang disiasat oleh Ahmad Nazri boleh diklasifikasikan sebagai kes yang penting dan luar biasa.
“Oleh itu, kes ini hendaklah diperhatikan dengan mendalam dan terperinci bukannya disiasat secara rambang,” katanya.
Pandangan itu turut disokong oleh pengerusi suruhanjaya Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong yang mempersoalkan tugas Ahmad Nazri sebagai pegawai penyiasat kes tersebut.
Ahmad Nazri turut memberitahu bahawa pada hari yang sama Beng Hock disoal siasat, Ahli Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah, kontraktor Lee Wai Leng dan seorang lagi kontraktor bernama Harun juga dipanggil memberi keterangan.
Ditanya adakah mereka membuat aduan telah dianiayai dan dikasari pegawai SPRM, Ahmad Nazri berkata: “Saya hanya ingat Boon Wah yang dia ada kata diarahkan berdiri beberapa jam dan tidak dibenarkan duduk dan ada pegawai yang mengacu-gacukan tangan padanya. Dua lagi itu tiada aduan.”
Menyentuh mengenai nota yang ditinggal Beng Hock, Ahmad Nazri berkata isi kandungannya tidak menyatakan beliau dicederakan atau dipukul.
Kelmarin menyaksikan, suruhanjaya mengarahkan Nazri untuk mencari kepala jam yang tidak ditemui semasa siasatan.
Arahan dikeluarkan selepas Nazri berkata, beliau tidak memeriksa dengan terperinci untuk mendapatkan kepala jam itu, yang mungkin boleh menunjukkan masa kematian Beng Hock.
Di awal prosiding Ahmad Nazri berkata sekiranya kepala jam tangan Beng Hock dijumpai ia berkemungkinan dapat menentukan waktu beliau meninggal dunia.
Bagaimanapun ketepatannya hanya boleh ditentukan sekiranya kepala jam tersebut terhenti ketika Beng Hock jatuh.
Ekoran menyedari betapa pentingnya jam tersebut, beliau dan beberapa pegawai polis lain berusaha mencarinya berkali-kali meliputi kawasan mangsa ditemui dan juga di tempat lain tetapi gagal menemuinya dan hanya tali jam tangan yang ditemui.

-tvsnews-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan