TG Nik Aziz pertahankan dakwaan jahiliah

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa terdapat masyarakat di negara ini yang masih tidak memahami perkataan jahiliah sebagaimana yang digunakannya semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Katanya, setelah 50 tahun negara merdeka, orang bukan Islam masih belum memahami Islam sehingga perkara yang paling asas seperti soal larangan bersalaman antara bukan mahram dipertikaikan.

“Islam adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliah. Ada yang marah saya apabila saya membangkitkan soal jahiliah. Sukalah saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah jahiliah.

“Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliah walaupun tidak memakai nama jahiliah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, label jahiliah terhadap mereka yang tidak mengundi Pas itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang yang dikatakan Mursyidul Am dan dipanggil ustaz.

Nik Aziz turut mempersoalkan sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang menghentam beliau semasa mengeluarkan kenyataan jahiliah.

“Kita dituduh sebagai kuda tunggangan DAP. Jika Timbalan Perdana Menteri sendiri menyebut Pas tidak pernah menggugurkan agenda negara Islam, UMNO pula bagaimana?” katanya.
-sinarharian-

1 ulasan:

  1. SESEKALI TOK GURU KENA DUDUK JUGA. MUHASABAH DIRI. SELEPAS RASULLULLAH TIADA MANUSIA MAKSUM.

    KAJILAH KENAPA MAKIN LAMA PAS MAKIN DITOLAK.

    KAJILAH KENAPA PAS SEAKAN AKAN TAK DAPAT PERTOLONGAN ALLAH.

    BalasPadam