Akibat Terlebih Ampu,Blogger BN Anggap Rolls Royce Taib Semahal Kancil 2nd Hand

kamisokongpas
Tatkala Pilihanraya Negeri Sarawak semakin menghampiri tarikhnya,kerajaan PBB Sarawak dilihat berhadapan dengan pelbagai pembongkaran berterusan mengenai kekayaan demi kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Ketua Menteri,Pehin Seri Taib Mahmud yang sering dilaporkan oleh Sarawak Report kebelakangan ini.

Petanda jelas yang menakutkan Taib semestinya kekalahan sekutu PBB di Sarawak iaitu SUPP yang tewas di tangan DAP dalam Pilihanraya Kecil Sibu tahun lalu.

Penulis tidaklah mahu mengulas lanjut mengenai kekayaan melampau Taib,memandangkan pemahaman penulis dalam isu ini hanyalah sama dengan para pembaca lain, sekadar membaca dan memerhati laporan-laporan yang datang daripada sebelah Malaysia Timur.Malah, kurangnya para bloggers Pakatan Rakyat di Sarawak berbanding bloggers BN mungkin menjadi faktor penting mengapa isu-isu setempat di Sarawak tidak dapat disampaikan dengan baik kepada rakyat.

Apapun,satu perkara yang menarik perhatian penulis mengenai blogger Barisan Nasional di Sarawak adalah mengenai satu tulisan yang dianggap bersifat mengampu ke atas Taib Mahmud oleh Blogger The Real Sarawak,yang dipromosikan oleh blogger pemfitnah terulung Papa Gomo dalam blognya.Dan dari situlah penulis dapat membaca ampu dan bodek blogger Sarawak tersebut terhadap Taib Mahmud.

Menggunakan tajuk yang agak sensasi, "Rahsia Sebenar Kereta Rolls Royce Ketua Menteri Sarawak", berikut penulis paparkan kembali penulisan blogger tersebut:

Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak sudah hampir. Belum pun sidang DUN Sarawak dibubarkan oleh Ketua Menteri, pihak pembangkang yang ghairah mahu menawan Sarawak sudah menyerang Barisan Nasional Sarawak bertalu-talu, terutamanya Pehin Seri Taib Mahmud sendiri.
Pembangkang mempersoalkan kekayaan Taib Mahmud yang didakwa memiliki puluhan buah kereta mewah berjenama Rolls Royce. Beliau dilihat mewah memandu Rolls Royce setiap hari. Selain itu, bermacam-macam lagi tohmahan yang dibuat oleh pihak pembangkang terhadapnya.
Persoalannya, mengapakah pihak pembangkang menjadikan Taib Mahmud sebagai “subjek” untuk diserang? Benarkah beliau memiliki begitu banyak kereta Rolls Royce? Benarkah baru-baru ini beliau ada membeli kereta Rolls Royce baru?
“Biar kamek madah apa yang benar..Siapa sik kenal ya Taib Mahmudnya tek. Nya Ketua Menteri Sarawak yang paling lama memerintah di siya. Ramei orang madahnya kaya raya. Benar kah kedak ya? Biar kamek madah kebenaran ya..jawapan ya...Sik!”
Sebenarnya, Taib Mahmud tidak memiliki puluhan kereta mewah. Benar dia memiliki Rolls Royce. Namun keretanya itu lebih layak diletakkan di muzium sahaja. Kereta Rolls Royce terbaru yang dimilikinya dibeli pada 1993, di mana kereta tersebut sudah uzur dan tua. Tombol untuk membuka pintu kereta tersebut pun sudah rosak. Ianya merupakan kereta “second hand” yang dibeli setelah kereta itu tersadai lama tidak digunakan.
Itu faktanya. Jika tidak percaya, pergilah selidik sendiri di rumah Pehin Seri Taib Mahmud. Sebuah lagi kereta Rolls Royce yang dimiliki dibeli berusia pada 1945. Sebuah lagi kereta yang patut diletakkan di muzium negeri Sarawak. Berapa harga kereta tersebut di zaman ini?
Penulis fikir, ianya tidak lebih dari harga sebuah kereta kancil “second hand”! Dakwaan yang mengatakan beliau ada membeli kereta baru Rolls Royce terbaru baru-baru ini adalah “bulak” semata-mata!
Sebenarnya, Pehin Seri Taib Mahmud terpaksa menggunakan kereta-kereta tuanya itu setiap hari untuk mengekalkan “maintenance” kenderaan tersebut. Kereta baru pun, jika tidak digunakan, pastinya baterinya akan “mati”, “oil pump”nya pun akan tersumbat dan rosak. Apatah lagi kereta tua yang susah mendapat alat ganti itu? Oleh itu, mahu tidak mahu, Taib terpaksa menggunakan kereta Rolls Royce tersebut. Itu faktanya.
Untuk maklumat tambahan pembaca, Taib Mahmud tidak pernah memperuntukkan sebuah kereta pun untuk kegunaan rasminya sebagai Ketua Menteri. Ketika mana Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Besar Kelantan dan Kedah hebat menikmati kereta mewah yang baru (brand new!), Pehin Seri Taib Mahmud hanya menggunakan kereta sendiri untuk kegunaan rasminya.
Meskipun Kerajaan Negeri Sarawak mampu membeli kereta yang lebih hebat dan mewah, Taib Mahmud “is always the old fashion way”, dan pada beliau, tidak perlu menghabiskan wang negeri untuk kemewahan dirinya.
“Jadi, siney benar ya apa yang di madah pihak pembangkang? Sidaknya bulak kan kitak idup-idup! Iboh jak percaya apa yang dimadah pembangkang ya. Udah banyak benar bulak sidak ya di semenanjung, kitak mahu sidaknya bulak di Sarawak pula, kah?”

kereta rasmi Taib Mahmud dan kereta rasmi
Sarawak untuk mengangkut Muhyiddin Yassin
Pada pendapat penulis,blogger Sarawak yang menganggap kereta mewah Rolls Royce Taib Mahmud sebagai kereta yang layak diletak di muzium adalah kurang kena pada tempatnya.Menurut penulis tersebut (jika benar),kereta Taib Mahmud itu adalah kereta keluaran tahun 1993,selain keluaran tahun 1945.

Kononnya,Taib Mahmud telah membeli kereta Rolls Royce 1993 second hand yang tersadai dan rosak,di mana kereta tersebut tersangatlah uzur dan tercabut tombol pintunya.

Sedih juga cerita Taib Mahmud tersebut.Tetapi blogger yang terlebih memuji Taib itu mungkin terlupa,bahawa walaupun kereta yang dibeli Taib hanya layak tinggal di muzium,tetapi harga kereta mewah seperti Rolls Royce jarang mengalami kejatuhan harga yang melampau.Malah,kadangkala kereta klasik tahun 1945 mungkin akan menjadi lebih mahal daripada kereta yang baru.

Usahlah penulis blog itu mengatakan bahawa Rolls Royce Taib yang dibeli pada tahun 1945 itu hanyalah semahal sebuah kereta kancil yang buruk!Nampak sangat menipunya bak kata Usop dalam cerita Hantu Kak Limah.Jika harga kereta antik mewah seperti Rolls Royce adalah semurah kereta kancil,penulis sendiri akan membelinya sebagai kenang-kenangan di halaman rumah.

Artikel yang dicilok bebas dalam web Indonesia ini mungkin memberikan kita bayangan bahawa Rolls Royce bukanlah bertaraf sebuah kereta kancil buruk:

Di antara ratusan mobil di arena pameran, penampilan Rolls Royce Phantom warna silver-lah yang agaknya menjadi bintang tersendiri. Tampil “angkuh” dengan bodi yang amat mengilap, mobil yang hanya sanggup dimiliki kalangan super kaya ini dipamerkan bukan oleh pabrikannya, tetapi oleh Ivan’s Motor, yang kondang di Jakarta sebagai importir mobil CBU. 

Mempergunakan mesin berdaya 6.750 CC, kecepatan puncak Phantom tidaklah istimewa, yakni 240 Km/jam alias di bawah Ferrari dan Lamborghini. Namun Rolls Royce memang tidak didesain sebagai mobil untuk adu cepat, melainkan sisi kemewahan dan keangguhan. Tentu saja, teknologinya pun tetap kelas atas. Banyak bagian mobil ini dikerjakan dengan tangan, menghabiskan ribuan jam kerja dengan ketelitian super tinggi. Termasuk logonya yang sangat khas itu.

Harganya? Di Inggris ia dipasarkan seharga 325.000 poundsterling atau hampir Rp 5 miliar rupiah dengan kurs Rp 15.000/poundsterling. Jika sudah masuk Indonesia, harganya dipastikan melonjak hampir 3 kali lipat atau hingga Rp 12 miliar. Itu berarti setara dengan harga 50 unit Kijang Innova varian G seharga Rp 250 juta-an.

Tak heran jika di Indonesia, hanya segelintir orang yang mampu memiliki Rolls Royce, termasuk Putra Sampoerna, eks pemilik pabrik rokok PT HAM Sampoerna Tbk. Tunggangannya adalah Silver Spurs, kasta termewah Rolls Royce, yang seluruh produknya memang mewah itu.

Baiklah.Artikel ini dikeluarkan oleh sebuah akhbar Indonesia,ketika mengulas tentang sebuah pameran kereta mewah di Indonesia beberapa tahun yang lalu.Apa yang menarik perhatian penulis adalah tentang kos pembelian yang meningkat tiga kali ganda berbanding negara asal tempat sesebuah kereta mewah tersebut dibeli.

Di Malaysia,kereta Roll Royce model terbaru menelan harga hampir RM2 juta apabila penulis melakukan sedikit survey.Akan tetapi,untuk kereta dalam lingkungan umur kereta Taib (mengikut blogger BN tahun 1993),harganya berada dalam lingkungan RM200 000.

kereta tahun 1991,harganya masih mengatasi kebanyakan
harga kereta tempatan
Jika di luar negara pula,harganya berada dalam lingkungan $30 000 Dollar USD.Ini bermakna,harganya di Malaysia berada dalam lingkungan RM100 000,tidak termasuk kos pengangkutan dan lain-lain cukai. (Taib Mahmud mungkin beli Rolls Royce pakai AP):


Perlu diingatkan,harga RM200 000 ini,adalah harga pada hari ini.Ini bermakna sebuah kereta berumur hampir 20 tahun lepas,harganya pada ketika ini adalah sekitar RM200 000.Tetapi,adakah Taib membelinya hari ini? Sudah tentu tidak.Katakanlah Taib membeli keretanya itu sepuluh tahun lepas,dalam lingkungan tahun 2000.

Ini bermakna,untuk membandingkan harga kereta pada tahun 1993 yang dibeli Taib itu yang dibeli sepuluh tahun lepas,kita boleh merujuk harga kereta tahun 2000 sebagai perbandingan.Hasil carian,harga kereta Rolls Royce pada hari ini untuk model sepuluh tahun lepas adalah:

Kereta tahun 2000 pada tahun 2011 adalah sekitar $70 000 ataupun sekitar RM 210 000 .Ini belum termasuk lain-lain kos.Mungkin ianya mencecah RM300 000 untuk sebuah.Kemudiannya,blogger itu mengatakan bahawa Taib membeli kereta yang uzur dan daif.Jika demikian,harganya juga berada dalam lingkungan ini kerana Taib semestinya terpaksa melakukan pembaikian secara menyeluruh terhadap kereta itu.

Secara umumnya,penulis bukanlah mempunyai kearifan yang tinggi dalam bidang jual beli kereta ini.Akan tetapi,apabila blogger tersebut mengatakan bahawa kereta yang dibeli Taib Mahmud hanya setaraf Kancil second hand,di situlah penulis mencongak-congak!

Jika benar,lebih baik penulis kumpulkan wang sekitar lima enam ribu ringgit daripada sekarang.Mungkin tahun depan penulis sudahpun memandu sebuah kereta mewah Rolls Royce!
Jika diikutkan blogger BN,sebuah Rolls Royce 1940 an hanyalah
bersamaan dengan nilai sebuah kereta Kancil 2nd hand.Mahal
juga Kancil 2nd hand di Amerika ya?
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan