Alat Mainan Seks: Unit Pemusnah Bom berkejar ke Pejabat Pos

Ust saiful Bahri
Saint Petersburg: Beberapa petugas keselamatan dari unit pemusnah bom anti pengganas dikerahkan ke sebuah pejabat pos di bagian barat-laut Rusia untuk menyelamatkan dan mematikan satu bungkusan yang mengeluarkan bunyi "tik-tik", demikian keterangan polis setempat.

Apa isi kotak bungkusan yang mereka temui?

Peristiwa itu terjadi di Petrozavodsk di daerah Karelia. Petugas dari unit pemusnah bom berkejar ke lokasi tersebut apabila seorang pekerja pejabat pos menemukan satu kotak bungkusan yang mencurigakan dan kemudian mereka menghubungi pihak keselamatan, kata wanita jurucakap polis melalui telefon kepada media AFP.

" Bangunan pejabat pos itu dikelilingi petugas keamanan dan orang-orang ramai dikeluarkan dari kawasan tersebut," kata jurucakap tersebut. "Di dalam bungkusan tersebut, pasukan pemusnah bom menemukan satu vibrator iaitu alat mainan seks," tambahnya. Boneka seks itu nampaknya telah menyala "tanpa disengajakan". Kebimbangan terhadap 
bom teroris amat meningkat tinggi di Rusia, setelah serangan pada Januari lalu terhadap bandar udara Domodedovo dekat Moskow yang mengorbankan 37 orang.

Dua pengebom berani mati telah menewaskan 40 orang pada bulan Mac tahun lalu di metro Moskow. Kekhuatiran gara-gara bom palsu dan tindakan unit pemusnah bom dengan mengeluarkan orang ramai telah sering terjadi di pusat perniagaan, stesyen dan kawasan tumpuan umum lain.

Ketakutan adalah penyakit manusia. Pelbagai jenis ketakutan. Apabila usaha musuh merancang dengan melabelkan Islam sebagai terror bukannya keamanan dan sejahtera, melihat orang berjubah pun takut. Tengok kopiah, purdah, berjanggut… jadi fobia. Terdengar barang berbunyi.. dah disangka bom jangka. Itu pasal ada bapak menteri kena dibogelkan kat airport. Bimbang kot-kot bawak senjata berbahaya. Ish!.. rupanya pistol air aje yg ada.

Ini alat vibrator pulak. Kalau negara kita ni malu sakan dah. Memang empunya barang tak pi ambik dah kat pejabat pos. Si pengirim pun dah tak sanggup nak terima balik. Nak letak mana muka. Tapi ini kat Rusia… apa yang mereka tahu erti malu! berlaku kat St. Petersburg. Penulis pernah sampai kat bandar ini ketika kembara masa-masa zaman pelajar dulu. Bandar yang masih dipenuhi bangunan lama. Antik lagi klasik serta dikelilinggi taman-taman bunga yang indah. Romantik jugaklah…

Yelah!... apapun, macam-macam ketakutan zaman sekarang. Apatah lagi apabila manusia kini percaya kematian adalah penghujung kehidupan. Hidup mereka hanyalah dunia ini sahaja. Kalau mati, tamatlah segala-galanya. Sedangkan kehidupan ini hanyalah transit sementara dalam perjalanan yang maha panjang lagi. Kematian hanyalah perpindahan stesyen sahaja. Kehidupan diakhirat terlebih hebat lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan