Badrulamin cabar Mahkamah Syariah dakwa penyebar fitnah


KUALA LUMPUR: Pengarah Penerangan KEADILAN Selangor, Dr Badrulamin Bahrom mencabar mahkamah Syariah  mendakwa individu yang terlibat dengan penyebaran fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya terlibat dalam video seks baru-baru ini.
Dr Badrulamin berkata, penyebar fitnah tersebut boleh didakwa kerana menuduh orang berzina tanpa mengemukakan 4 saksi, sepertimana yang digariskan dalam syariat Islam.

“Saya cabar Mahkamah Syariah untuk mengheret individu yang terlibat dalam penyebaran fitnah itu supaya dijatuhkan hukuman yang setimpal.

“Kalau betul-betul mahkamah syariah bebas dan mengamalkan sistem Islam, mereka tidak perlu tunduk dengan Umno seperti yang pernah berlaku sebelum ini melibatkan qazaf Anwar ditolak,” katanya.

Menurut Badrul, mahkamah syariah boleh mengambil tindakan di bawah peruntukan qazaf,  berikutan sudah ada laporan polis yang dibuat terhadap individu yang mendedahkan rakaman video seks, yang kononnya dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.

Katanya, perbuatan memfitnah yang dilakukan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik  disifatkan sebagai ‘syaitan bertopeng manusia’ kerana  merancang untuk mengaibkan orang lain dengan menggunakan kemudahan teknologi moden.

“Ini kerja ‘syaitan manusia’ yang sanggup menaburkan fitnah III kepada Anwar dengan pemalsuan video dan sebagainya. Perbuatan ini dikategorikan sebagai kezaliman kepada masyarakat dan seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

Beliau yang kesal dengan tindakan Abdul Rahim sehingga sanggup melakukan kerja hina dan tidak berakhlak itu, tidak menolak tindakan itu bermotif politik dan dendam.

“Dari segi agama, itu semua kerja orang hina dan tidak berahklak kerana sanggup menyebarkan keaiban dan memfitnah orang lain.

“Kerana permusuhan, manusia sanggup melakukan apa sahaja sehingga mencalarkan maruah dan imej orang lain yang sememangnya ditegah dalam Islam.

Sementara itu, Badrulamin memberitahu negara kini dilanda krisis akidah dan ekonomi akibat politik murahan yang dianjurkan Umno.

“Rakyat sudah jelak dengan isu dubur, DNA dan seks oleh Umno yang tidak mendidik mereka ke arah yang lebih baik.

“Perbuatan mereka ini sudah keterlaluan dan rakyat di luar sana sudah bijak untuk menilai pemimpin yang zalim dan mereka yang berada di pihak benar,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan