Bekas pekerja kaitkan Taib di video

azlan
Sebuah video yang memalitkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud kini muncul dengan bekas pekerjanya sendiri mendakwa ketua menteri Sarawak itu memiliki kekayaan berbilion-bilion ringgit di benua Amerika Utara sahaja.

Dalam video 'mengenang Ross Boyert' yang disiarkan pada laman sesawang Sarawak Report (SR), Boyert - bekas ketua pegawai operasi syarikat milik Taib, Sakti International, Wallysons Inc dan dua lagi firma di Amerika yang memiliki hartanah bernilai US$80 - menentang ketua menteri itu.

Boyert juga mengesahkan Taib "adalah bos" Sakti International di Amerika Syarikat dan dikaitkan dengan Sakto Corporation di Kanada.
"Taib adalah pemilik syarikat ini dan semua assetnya, " kata Boyert dalam dokumentari video 16-minit itu.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan