Bomoh Berambut Perang Raziah ‘Memukau’ Taib!

Sarawak Report
Antara rahsia-rahsia yang kini mulai terbongkar pada masa regim Taib Mahmud yang kian roboh, salah satu perkara yang pelik adalah kebergantungannya selama ini kepada seorang bomoh wanita berambut perang yang dibekalkan oleh adiknya, Raziah!

Sejak kematian isterinya Laila, Taib dikatakan semakin giat menggunakan perkhidmatan bomoh, dan menurut ahli keluarganya, Raziah telah mulai masuk campur dengan memperkenalkan bomoh wanitanya kepada abangnya itu. 

Seseorang yang memperkenalkan bomoh adalah seseorang yang lebih berkuasa”, kata seorang pemberi maklumat kepada Sarawak Report, dengan merujuk kepada Raziah yang sedang mempergiatkan usahanya memperolehi kontrak-kontrak dan geran-geran tanah dari kerajaan negeri.

Seorang lagi pemberi maklumat kami memberitahu kami:
“Ketua Menteri Sarawak yang sebenarnya adalah Raziah. Raziah telah menggunakan ilmu hitam ke atas saudaranya itu!”

Stella!

Stella, sebagaimana dia dikenali di kalangan keluarga Taib Mahmud, sebenarnya seorang rakyat Australia berketurunan Lebanon bernama Kharleen Tashman. Stella (yang dikatakan datangnya dari kaum gipsi di Sydney) telah dibawa masuk oleh Robert dan Raziah dalam tahun 2002  untuk menjadi penasihat peribadi ilmu hitam kepada Raziah!

Selepas itu, Raziah telah dengan cerdiknya mengembangkan kekuasaan ke atas Taib, dengan mengeksploitasi kesedihan Taib di atas kematian saudara kegemarannya, Arip, yang telah meninggal dunia akibat serangan barah paru-paru dalam tahun 2005. Menurut ahli keluarga mereka, Stella dikatakan telah ‘memindahkan roh Arip’ kepada Raziah, dengan mendakwa Raziah kini berkarisma seperti Arip!

Nampaknya Raziah telah berjaya meyakinkan Taib dengan mendakwa dirinya kini layak menggantikan Arip sebagai rakan-niaga dan perancang kepada Taib (dahulunya tugas tersebut dilaksanakan oleh saudara mereka, Onn Mahmud, yang kemudiannya telah bersengketa dengan Raziah dan ahli-ahli keluarga mereka yang lain).

Nasihat kerohanian membawa kebaikan kebendaan!
Mendiang Arip, sebagaimana yang telah dilaporkan di dalam Sarawak Report, telah memperolehi tanah-tanah yang amat luas yang diserahkan oleh Taib sejak tahun 2000, kebanyakannya adalah tanah-tanah NCR. Selepas itu Raziah telah berjaya menggantikan tempat mendiang. Data-data rasmi, yang kini didedahkan di dalam Sarawak Report, menunjukkan bahawa Raziah, di kalangan adik beradik Taib, telah memperolehi pegangan tanah negeri yang terluas sejak beberapa tahun ini – di mana menurut perkiraan kasar kami, keluasan yang sebesar pulau Singapura. Anak perempuan (Elia) dan suaminya (Robert Geneid) juga turut memperolehi beratus juta ringgit, berdasarkan jual-beli tanah-tanah, di mana kegiatan tiga beranak ini telah menimbulkan rasa cemburu di kalangan keluarga Taib Mahmud sendiri!

Ilmu Hitam

Sebelum ini kami pernah melaporkan mengenai ketaksuban Taib terhadap nasihat-nasihat bomohnya. Pemberi maklumat kami pernah menceritakan bagai mana rumah beliau di Demak Jaya yang dipenuhi dengan artifak-artifak yang berkaitan dengan ilmu hitam.

Menurut pemberi maklumat kami lagi, Stella senang dengan cara dia mempengaruhi Taib, dipermudahkan lagi kerana dia tinggal bersama keluarga Raziah, bersebelahan dengan kediaman Taib.

“Setiap awal pagi Stella akan datang ke laman rumah Taib untuk melakukan upacara mengusir mahluk-mahluk jahat” kata seorang lagi pemberi maklumat kami.

Seorang lagi kenalan rapat keluarga Taib juga memberitahu kami, “Ketamakan Taib semakin menjadi-jadi dibawah pengaruh Raziah. Dialah yang paling berkuasa di Sarawak, bukannya Taib. Taib telah dipukau. Dia telah berkuasa ke atas Taib sebaik sahaja Laila meninggal!”

Sebahagian dari keluarga Taib

Kehadiran Stella di beberapa majlis keluarga dan majlis-majlis kenalan rapat mereka dibuktikan dengan beberapa gambar, di mana dia sering diajak bergambar bersama keluarga itu. Pada majlis perkahwinan Elia pada tahun 2010, Stella juga turut dijemput duduk bersama-sama tetamu kehormat mereka. Malah Stella juga turut menghadiri Pertunjukan Fesyen Pakaian Islam di Monaco, yang dibiayai oleh Taib bagi pihak isteri PM, Rosmah Mansor, sebagai suatu cara meyakinkan Najib menjelang pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kini.

Penasihat termahal kepada Ketua Menteri!

Amaun upah yang diterima Stella amatlah menakjubkan ketika dia berada di kemuncak kegiatan kebomohannya. Biasanya dia akan menerima upah sebanyak RM10,000 sekali dalam dua bulan. Setelah mendapat upah dia akan kembali ke Sydney. Malah, kami juga diberitahu, bahawa ibu kepada empat orang anak itu telah menerima setengah juta ringgit sebagai upah perkhidmatan-perkhidmatannya!

Namun, segala semua yang baik pastinya akan berakhir, dan kami difahamkan bahawa bomoh wanita telah kelihatan cuba campur tangan dengan keluarga semasa kematian Laila Taib, yang kemudiannya telah mengakibatkan hubungannya menjadi renggang dengan anak-anak Taib.

Kharleen Tashman, telah digantikan dengan seorang lagi wanita Lebanon, yang lebih berkuasa dan lebih menarik – kami difahamkan bahawa wanita berkenaan  juga diperkenalkan kepada Taib oleh adiknya Raziah!

Hubungan keluarga Geneid dengan isteri muda Taib

Kami sebenarnya merujuk kepada Ragat Waleed al Kurdi, isteri muda Ketua Menteri. Ketika Taib mula berkhidmat sebagai menteri ketika Ragat dilahirkan, maka ianya merupakan sesuatu yang bermisteri kepada orang lain. Namun, Sarawak Report, menerusi maklumat dari sumber dalaman yang amat dekat dengan keluarga Taib, mengatakan bahawa Ragat sebenarnya anak saudara kepada Robert Geneid, iaitu suami Raziah!

“Taib telah terpukau oleh Rosie (Raziah), dialah yang mengawal segalanya. Dialah yang mengawal semua kontrak dan tanah-tanah yang diserahkan”, rungut seorang ahli keluarga Taib yang menyuarakan rasa cemburunya terhadap adik bongsu Taib itu.

Langkah bijak Raziah?

Motif Raziah memperjodohkan abangnya berkahwin semula selepas kematian isterinya Laila tidaklah sukar untuk diteka. Keluarga Taib Mahmud telah semakin terdesak dengan usia abang mereka itu yang semakin meningkat, bagi memanjangkan lagi tempoh kekuasaan mereka di Sarawak dan bagi menentukan pengganti itu harus datang dari darah daging keluarga mereka sendiri (terdahulu dari ini, Taib telah dilaporkan membuat Najib marah pada senarai 10 orang ahli keluarganya untuk bertanding nanti).

Namun, Raziah telah diketahui beriya sangat untuk memantapkan pengaruh keluarga Geneid untuk masa depan Sarawak. Bagi suaminya, Robert Geneid, yang merupakan anak seorang penaja buah-buahan yang tidak mempunyai asas-asas perniagaan, perkahwinan anak saudaranya (Ragad) sudah pastinya akan mencerahkan peluangnya untuk berkuasa ke atas segala kemewahan dan kepentingan perniagaan di Sarawak sejak dia mengahwini adik Ketua Menteri itu.

Jika BN masih lagi diberikan peluang untuk menang pada pilihanraya kali ini, maka inilah orang-orang yang akan mengawal masa depan Sarawak, kata amaran dari salah seorang pemberi maklumat kami. Namun, pasangan suami-isteri yang telah diketahui sedang menunggu peluang untuk berkuasa itu akan mendapati calon isteri abang mereka itu adalah lebih sesuai dari bomoh Kharleen Tashman. Tetapi, jika mereka ingin mengubah fikiran nanti, adakah mudah bagi mereka untuk melucutkan jawatan Ragad?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan