Daim ramal Pakatan rampas kerusi tambahan

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin hari ini meramalkan Pakatan Rakyat akan memenangi beberapa kerusi tambahan pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini tetapi yakin BN akan terus berkuasa dengan “majoriti selesa”.
NONEKetika menyampaikan syarahannya di Universiti Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur, Daim berkata pengumuman ketua menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa beliau akan berundur selepas pilihan raya adalah 'tindakan yang bijak'.

"Saya fikir BN akan menang dengan beberapa lagi kerusi tambahan dirampas oleh pembangkang tetapi mereka akan menang dengan majoriti selesa,” kata Daim.

"Tindakan yang bijak bagi Taib berkata dia akan bersara. Tidak ada sesiapa yang patut kekal selama-lamanya. Lihat (presiden Mesir yang disingkirkan, Hosni) Mubarak dan presiden Tunisia (Zein al Abidine Ben Ali) yang digulingkan.

"Awak tak boleh kata tidak dapat cari pengganti. Andaikan saya mati dan tidak ada pengganti... Kita ada ramai perdana menteri dan ada yang lebih berjaya dari yang lain, tetapi dalam proses, kita belajar untuk menolak (mereka),” katanya.

Daim berkata demikian ketika ditanya mengenai ramalannya berhubung keputusan pilihan raya Sarawak.

Pada akhir 2007, beliau meramalkan BN akan mempunyai masalah di tiga negeri - Selangor, Kedah dan Pulau Pinang - dan telahannya ternyata dibuktikan pada pilihan raya umum 2008.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan