PETALING JAYA, 5 MAC: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengakui mengetahui laporan Kabinet daripada Kementerian Kewangan dan Peguam Negara yang menolak projek 'Zon Bebas Pelabuhan Klang' kerana kosnya terlalu tinggi.
Cabaran Anwar ini dipercayai berkaitan dengan dakwaan beberapa media dan blog mengenai Najib, Perdana Menteri dan semua menteri dalam kabinetnya bertanggung jawab ke atas kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ dari RM1.088 bilion kepada lebih RM4 Billion dua tahun lalu.
"Saya cabar PM, Peguam Negara dan Kementerian Kewangan bahawa dalam laporan kertas kabinet berkenaan, bahawa Kementerian Kewangan dan Peguam Negara telah menolak kos projek tersebut."
"Saya cabar mereka, yang mereka nampak laporan itu , dan laporan itu menyatakan secara kategorikal bahawa cadangan Kementerian Pengangkutan itu tidak boleh dipertahankan. Maknanya masa itu telah ada tiga pihak menyanggah dan menolak. Bahawa pada masa itu, sudah ada dari tiga-tiga menyanggah dan menolak. Saya nak tanya macam mana Perdana Menteri boleh setuju? Macam mana boleh kata dia tak tau,"Anwar berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Umum kepada lebih 500 rakyat di Petaling Jaya semalam.
Minggu lalu, bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chang Kong Choi, telah dihadap ke mahkamah atas dakwaan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai projek ini yang mirip tuduhan sama kepada juga bekas rakan sejawatnya sebelum ini Tun Ling Liong Sik yang turut didakwa sebelum ini kerana menipu Tun Mahathir.
Pendakwaan ke atas kedua-dua bekas Menteri Pengangkutan itu mengundang persepsi apakah Perdana Menteri Malaysia begitu senang ditipu tatkala memiliki pegawai-pegawai di Jabatan Perdana Menteri, khususnya Unit Perancang Ekonomi selain pelbagai penasihat serta pemimpin Umno yang sering mendabik dada mereka cekap menguruskan ekonomi.
Anwar bagaimanapun menganggap hal ini sebagai hanya wayang sahaja kerana hanya pemimpin yang telah bersara dan daripada parti selain UMNO didakwa sedangkan keputusan dibuat oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Anwar membayangkan kes ini bakal menjadi seperti kes Perwaja Steel dahulu ketika beliau memegang jawatan Menteri Kewangan di mana Perdana Menteri ketika itu keberatan untuk mendakwa Eric Chia.
"Macam PKFZ dia buat senang aja, dakwa Ling Liong Sik. Sebelum dia berhenti kita dah tau dia terlibat dengan PKFZ, curi duit orang bawah, berbillion dapat. Lepas tu angkat jadi Tun, Tun sebab apa? Sebab curi duit rakyat?. Sistem apa yang mereka gunakan?!Perwaja, semasa saya Menteri Kewangan, saya lantik Price Waterhouse Coopers siasat.PM rasa tak senang waktu itu, tapi saya mintak siasat. Dia bagi bukti, Yang salah Eric Chia. Lepas tu tutup kes. Lama-lama bukak balik, pertuduhan sikit sahaja, sampai Eric Chia meninggal dunia.
Justeru Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat menganggap kerajaan UMNO BN sudah tidak yakin lagi dengan tempat mereka di Putrajaya.
"Adakah UMNO belajar dari pengalaman ini. Saya nak sebut, kalau parti biasa dengan kejutan 2008 tewas undi popular di Semenanjung Malaysia. Biasanya dia akan sedar dan buat perubahan. Ini tak, dia (UMNO) pilih untuk rompak lebih cepat sebab takut tak bertahan di Putrajaya," tegas Anwar.
-tvsnews-
semua orang yg berkaitan k'jaan yg didakwa akan terlepas.Betul kata Anwar semuanya wayang . Ni yang rakyat jadi jijik ngan UMNO. Pelingkop bangsa
BalasPadam