DNA Rahim Bersepah Kat Melaka

faceoff
Aku mengikuti sisa-sisa kehidupan Rahim sebelum dan selepas beliau dipaksa melucutkan jawatan KM Melaka diatas dakwaan Kes Rogol Budak Bawah umur sekitar tahun 1997. Mungkin masih ramai yang masih ingat kes tersebut yang menghumban Lim Guan Eng di penjarakan kerana beliau membela budak perempuan Melayu bawah umur ketika itu.

Pada aku, kes-kes nafsu serakah Rahim semasa menjadi KM ramai yang di ketahui warga Melaka, Cuma beliau agak bernasib baik kerana pengaruh Che Det amat kuat untuk membela beliau ketika itu.

Dendam kesumat beliau terhadap Anwar mudah di fahami apatah lagi ketika itu Anwar lah diantara manusia yang membongkar kes nafsu serakah sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai KM. Perbicaraan Lim Guan Eng, 1997 - Wikipedia Bahasa Melayu.

Riwayat beliau hanya akan berakhir jika BN di tumbangkan pada PRU13 dan masa itu dunia akan di bongkarkan dengan hasil baka-baka haram DNA Rahim ini yang beliau taburkan semasa bermaharajalela di Melaka dahulu.

Rahim sedar kemaruk nafsu serakah beliau telah dihancurkan oleh Anwar dan dendam beliau tidak akan padam selagi UMNO berkuasa. Cuma plot Fitnah terbaru beliau agak ketinggalan zaman dan modus operandi beliau sama cacat dengan akalnya

Jika Rahim dipanjangkan umur, Expedisi jejak DNA akan lancarkan untuk menjejak baka-baka haram yang ditaburkan Rahim di Melaka. Aku tidak akan lupa kes-kes nafsu serakah Rahim ni dan pasti akan terbongkar satu hari nanti. Seperti yang terjadi kepada nasib mangsa budak bawah umur dan nasib LGE  yang di penjarakan .

Jika Rakyat Malaysia mahu mengetahui lanjut tentang manusia nafsu serakah ini.!!! Tumbang kan UMNO dan BN pada PRU13 nanti.

Puan Sri Zabedah tentu suka kalau baca ni....

p/s : pesanan buat Nazri Aziz !!!! langit tidak selalu cerah beb...baik ko jaga diri ko baik2. Jangan ingat boleh lepas selalu.  Nanti hang kena mandi air tolak bala plak.... ha ha ha..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan