TAF4
Assalammualaikum! Sahabat , malam Khamis (3/3/2011) saya berpeluang menziarah ustaz di rumahnya. Ustaz menceritakan tentang rawatan laser yang dia buat ke atas matanya. Dia kelihatan ceria namum agak kurus. Keadaan buah pinggangnya juga beransur baik.
Syukur alhamdulillah, ustaz beransur pulih. Akan tetapi ustaz belum boleh berkuliah ataupun ceramah. Saya fikir untuk sebulan dua ini, tidak ada sebarang program bersama ustaz. Kita doakan supaya ustaz sembuh seperti sediakala. Bersama ini saya sertakan gambar terbaru ustaz untuk tatapan semua.
Malam Rabu (17/3/2011) saya sempat menziarah ustaz di rumahnya. Ustaz kelihatan ceria dan melayan kami seperti biasa. Namum begitu beliau masih lagi dalam proses rawatan. Alhamdulillah rawatan mata dan buah pinggangnya juga sudah menampakkan kesan positif. Rawatannya memerlukan ustaz berpantang makan. Senarai makanan yang perlu ustaz elakkan sangatlah banyak. Kita doakan ustaz kembali sihat.
Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada Datuk Ismail Kamus. Amin
BalasPadamDi doakan semoga Datuk cepat semubuh.
BalasPadamTolong pautkan laman kami di blog tuan. Terima kasih.
http://www.selatanonline.net/v1/
Regards : TAF4