Habis 240K untuk dapatkan RM500! Gila pe?

Saiful Bahri
KUALA LUMPUR--Judi memang membuat ketagihan. Seorangperempuan warga negara Singapura diketahui memenangi RM500 di meja judi. Namun bukan wang hasil kemenangan judinya yang dihebohkan. Tapi berapa banyakkah ia mengeluarkan wang untuk memenangi perjudian tersebut. Si perempuan yang sudah berkeluarga ini terpaksa menghabiskan wang poketnya sebanyak RM240 ribu ringgit hanya untuk mendapatkan hadiah RM500!

Perempuan yang identitinya itu dirahasiakan ini, padahal berpendidikan tinggi. Beliau memiliki dua gelaran master. Ia terjerumus dalam tahi judi. Setelah wang pertaruhan awalnya habis, ia menggunakan seluruh wang simpanannya sebagai pertaruhan bahkan meminjam sana-sini untuk bertaruh.

Sekarang, perempuan itu kebimbangan. Ia takut suaminya tahu berapa banyak hutang yang ia telah buat. Ia juga tak berani melaporkan kepada keluarganya. Ia kini mencari penderma sukarela yang mau meminjamkan wang untuk mebayar hutang piutangnya. "Suami saya bakal menceraikan saya kalau ia tahu masalah judi ini," katanya.

Peranan Kerajaan adalah memberi perlindungan kepada rakyatnya daripada manipulasi golongan kaya atau sesiapa yang mengambil kesempatan terhadap rakyatnya. Hakikat yang harus diterima, apabila Kerajaan Kelantan menghalang perjudian adalah kerana kebanyakan rakyat yang terlibat dengan judi adalah menjadi mangsa kepada taukey-taukey judi yang berkepentingan. Ia akan mengakibatkan penyakit sosial lain pula jika ia dibiarkan. Timbulnya krisis rumah-tangga, kecurian, perbalahan dan sebagainya akibat daripada ketagihan judi. Kenapa UMNO gagal memainkan peranan ini? Bahkan UMNO berjaya melahirkan tokoh-tokoh melayu dalam pengurusan dan industri judi ini... Ia menjadi industri yang menguntungkan dan memberi pulangan lumayan.
Inilah sebab kenapa MCA & UMNO berusaha sangat untuk mengembangkan judi diseluruh Negara bahkan menjadikan kes judi di Kelantan sebagai isu. Apakah kerana UMNO sakit hati apabila bantahan PR terhadap usaha UMNO untuk meluluskan judi bola menemui kegagalan? Bukankah kita sudah tahu bahawa tokoh pemeras Negara adalah dikalangan taukey judi. Tokoh billionair pun dari kalangan taukey judi. Mereka mendapat lesen daripada kemeterian kewangan? Siapa Menteri mereka dari zaman berzaman? Bukankah UMNO?

UMNO juga tahu bahawa penderma tegar kepada denyut-nadi UMNO adalah taukey judi inilah yang akan menjadi sponsor pilihanraya nanti. Sebab itu apalah nak diharapkan kepada UMNO untuk mentarbiyyah rakyat Malaysia untuk menjauhi judi? Sedang nyawa UMNO itu didenyutkan dengan darah-daging judi?

Ish macamana Tok-Tok Imam dan Ustaz lepasan Azhar boleh sokong Parti kayu keramat ni?
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan