Johari sokong tubuh s'jaya diraja siasat video seks

Ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datu Johari Abdul - yang sebelum ini mendedahkan orang di sebalik video seks yang didakwa melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim - bersetuju dengan mereka supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk menentukan ketulenan klip tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini di lobi Parlimen, Johari menegaskan
bahawa siasatan mendalam ke atas video tersebut akan menyokong pendirianya bahawa lelaki yang melakukan seks dalam video tersebut adalah “100 peratus bukan Anwar”.

“Saya setuju dan saya menyokong (suruhjaya diraja dibentuk),” katanya yang bergegas untuk menghadiri mesyuarat di ibu pejabat PKR petang tadi.

NONETengahari itu, Johari memberitahu satu sidang akhbar bahawa mereka di sebalik video seks tersebut adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution menambah bahawa individu ketiga - bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim - juga sebahagian daripada kumpulan yang menayangkan video tersebut.

Shuib, yang merupakan bapa saudara Johari, adalah orang yang menjemput dan mengatur untuk ahli parlimen Sungai Petani itu menonton video tersebut di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada hari Isnin.

Ekoran pendedahan Johari tersebut, Rahim dan Eskay mengadakan sidang akhbar hari ini dan mengaku mereka adalah orang di sebalik tayangan video seks tersebut.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan