Kisah Saman Ekor dan Loan MARA

Munir
Kejap tadi, waktu tengah dok menjelajah internet dari satu blog ke satu blog, entah mcm mana terjumpa satu artikel berkenaan bab saman ekoq yg membuatkan hati saya jadi tak puas hati sungguh.

Dimuatkan dlm artikel tu satu kes Mahkamah di Sarawak, kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. 

Dimuatkan juga dalam artikel itu bahawa yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja, iaitu notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju. 

Laa...macam tu ka?

Saya nie pulak memang tak kisah saman ka tak saman ka, memang tak mau bayaq pun. Tahun lepas ketegaq (degil) sampai ke sudah tak mau bayaq; alhamdulillah boleh juga renew road tax kereta saya dan kereta org rumah.

Tahun ini, masuk pertengahan bulan Febuari, bukan Polis yang kacau, tapi org rumah yang dok bising-bising, pot-pet pot-pet dia dok berleter, kereta dia dah due road tax dah tapi saman ekoq berderet-deret. Saman tu kena bukan waktu dia bawa, tapi saya yang bawa; jenuh dok tahan telinga.

Saya habag kat dia, tahun lepas ok pa, tak dak masalah pun, boleh renew mcm tu jugak. Dia kata, tahun lepas ok la, nu cuba tengok TV, cuba baca paper, kerajaan dah habag dah, dah bagi warning dah, kalau tak bayaq kena blacklist tak boleh renew road tax tak boleh renew lesen tak boleh renew apa-apa.

Fuh! jenuh haih nak bertujai dengan org rumah ini.

Last-last, suka ka tak suka ka, kena pi bayaq la jugak.

Tu dia, bila cek-cek tengok campur kereta saya sendiri, punya berjela saman dok ada; tahun 2004 kereta kancil yang dah lama jual itu pun ada juga. Kira pi kira mai, tu dia ada 15 SAMAN semua sekali!

Maka, di hari tu, beberapa hari lagi menjelang 28 Feb 2011, tarikh akhir pusingan pertama tawaran kompaun saman ekoq tu, melayang lah duit poket tak tentu pasal dekat RM2000.

Nak habag kat hangpa, bila dah habis bayaq bila saya go thru satu persatu saman-saman tu, segala makneka jenis saman dok ada, saya pun dah tak pasti betoi ka saya yg buat semua kesalahan saman itu. Selain drpd pandu laju di merata jalan, dari KL sampai ke Perlis, ada juga saman parking 30 kaki dari simpang, langgar lampu merah, menghalang lalu lintas dan entah apa-apa lagi.

Nak komplen pun tak guna sebab saman dah bayaq dah.

Sebenarnya, kalau kita pandai undang-undang tara mana pun, kalau mai time road tax kereta kita mati, tok sah dok berhujjah lah; nanti kalau sampai kat road blok polis on the way nak pi Econsave Sungai Petani ka mana-mana, kalau brader polis tu tahan kereta kita, bila dia kata "saya hanya menjalankan tugas", kita tak boleh nak buat apa dah haih.

Orang biasa macam kita ini tok sah berkeraslah nak melawan pemerintah.

Kisah saya berkeras melawan tak mau bayaq saman ekoq ini sama jugak dengan kisah saya berdegil tak mau bayaq hutang loan pelajaran MARA hari tu. Saya berkeras tak mau bayaq sebab ada bijakpandai politik dok habag kata duit hutang loan pendidikan MARA tu sebenarnya adalah berasal daripada biasiswa yg merupakan hak istimewa org Melayu yang dipersetujui sewaktu perjanjian kemerdekaan antara pemimpin-pemimpin terdahulu.

Saya ber-ijtihad bahawa hutang loan MARA saya itu adalah halal dan tak perlu dibayar kerana ianya merupakan wang royalti politik untuk anak-anak bangsa. Lama juga saya berkeras, memegang ijtihad ini.

Walaupun nama saya keluar Utusan Malaysia dlm senarai tak bayar hutang MARA, tapi saya tetap berdegil tak mau bayaq jugak. Bila kwn-kwn tanya, saya siap boleh bagi ceramah kat depa panjang berjela lagi.

Kemudian nama saya kena blacklist. Saya tak kisah blacklist pun blacklistlah, saya x mau bayar, a man with principle lah kononnya. Nak bayaq buat apa, itu duit kita, hak kita, harta pusaka tok nenek kita, nak pi bayaq kat depa buat apa. Itulah yg saya fikirkan.

Lama jugak saya bertahan tak mau bayaq hinggalah beranak-pinak.

Last-last kena bayaq jugak bila mana sepupu saya yg jadi penjamin loan saya tu, bila anak dia dah besaq, nak beli kereta, ayah dia tak boleh jadi penjamin sebab nama blacklist angkara ijtihad saya itu. Kalah jugak saya akhirnya.

Moral of the story, hidup dalam negara 2Malaysia ini, kita sebagai rakyat biasa ini tok sahlah nak memandai-mandai, nak berkeras melawan sang pemerintah ini, pi mai pi mai nanti kita juga yang kena.

Kita semua ini ibaratkan Mentimun, depa ibaratkan Durian.

Timun kalau golek durian, timun yang luka.
Timun kalau digolek durian, timun juga yang luka.
Pi mai pi mai, kita juga yang terluka.

So, kalau tak mau terus terluka, ikut sajalah.
PRU13 nanti kita sama-sama pakat pangkah UMNO/BN.

Moga terus terubat segala luka di dada...tak kisahlah luka sebab biasiswa dah ditukar jadi PPTN atau pun luka sebab saman ekoq ka apa.

Kalau agak-agak tension sangat, bangun dan berdiri tegak, sama-sama laungkan RUKUN NEGARA kuat-kuat. Perkara no berapa dah tak ingat, bab KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG kalau tak silap!!

Undang-undang apa entah, saman sepatutnya kena charge dalam mahkamah, tapi dalam negara 2Malaysia ini terus otomatik kena blacklist!!

p.s: sapa yang masih tak bayaq tak payah komplen....saya dah bayaq, jadi boleh la komplen panjang berjela kalau nak...:-)))

Sekian.

moniermatdin@yahoo.com
8.3.11
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan