Liwat II tiba pada saat genting

Selepas berkempen untuk calon PAS di Merlimau, Melaka malam semalam, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, petang tadi kembali ke kandang tertuduh untuk menyambung perbicaraan kes liwat yang membabitkan dirinya.

Pihak pembelaan Karpal Singh sedang berhujah memohon perbicaraan dalam perbicaraan diadakan.

NONEIni berikutan permohonan pihak pendakwaan yang mahu beberapa barangan seperti botol air minuman, berus gigi dan tuala 'Good Morning' serta sehelai bulu - yang dijumpai pada sel di mana anwar ditahan semalaman antra 16 Julai hingga 17 Julai 2008 - dikemukakan sebagai barangan bukti.

Tigabarangan itu - botol air minum, berus gigi dan tuan - kemudiannya dianalisis oleh ahli kimia Nor Aidora Saedon dan beliau menjumpai DNA 'Lelaki Y'.

Sehubungan itu, Karpal memohon perbicaraan dalam perbicaraan bagi menentukan sama ada barangan tersebut boleh diterima sebagai bahan bukti kerana ia diperolehi secara tidak adil dan tidak sah.

NONEBagi Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, pihak pembelaan perlu menunjukkan bahawa tertuduh telah diugut, memberi barangan berkenaan dalam keadaan ditekan atau dipujuk sebelum mendakwa ia tidak sah.

Semalam, pihak pendakwaan memanggil tujuh pegawai polis bagi menjelaskan bagaimana barang tersebut diambil dari sel Anwar yang dijalankan tanpa pengetahuan tertuduh.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan