Mengapa Ustaz Azizan tidak turun berkempen pilihan raya kecil?

Budak Nakal Merlimau
Dalam pilihanraya kecil, jentera PAS tempatan tentu tak cukup untuk menggerakkan kempen melawan BN yang menggunakan segala kemudahan kerajaan. Oleh itu, amat diperlukan bantuan daripada penyokong Pakatan Rakyat seluruh negara, terutama pemimpin yang popular bagi menarik perhatian pengundi. Saya kagum dengan sikap pemimpin2 tertentu yang sentiasa turun membantu kempen walaupun kita tahu mereka juga sibuk dengan tugas masing-masing.

Terutama Tok Guru Nik Aziz, walaupun sudah uzur dan berusia, tetapi Menteri Besar Kelantan ini turun berkempen macam orang muda. Saya perhatikan Menteri Besar Selangor juga begitu. Sekurang-kurangnya sewaktu hari penamaan calon, mesti nampak Tan Sri Khalid.

Saya juga ucap syabas kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau pasti turun kempen sehingga Kuala Terengganu ataupun Tenang, di Johor baru-baru ini.

Bagaimanapun saya kurang arif mengapa jarang sekali melihat Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abd Razak turun berkempen dalam pilihan raya kecil. Beliau juga kurang memberikan ceramah kepada majlis-majlis di luar Kedah. Sedangkan khidmatnya amat diperlukan. Orang luar pun mahu tahu apa perkembangan terkini di negeri Kedah.

Mungkinkah Ustaz Azizan uzur (tetapi Tok Guru Nik Aziz juga nampak lebih uzur) atau sibuk dengan urusan kerajaan negeri (tetapi Khalid Ibrahim dan Guan Eng juga sibuk dengan hal-ehwal kerajaan negeri)?

Peranan pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat cukup penting sebab mereka dikenali ramai dan mempunyai autoriti tentang pentadbiran negeri yang boleh dikongsi dengan pengundi di negeri-negeri lain.

Diharap Ustaz Azizan dapat turun berkempen di seluruh negara, bagi membantu Pakatan Rakyat menjelaskan macam-macam isu yang ditohmahkan BN. Jangan hanya melihat kepentingan negeri Kedah. Bantulah sama negeri-negeri lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan