Nah!! Ini Dia Kekayaan Abu Bekir, Anak Taib Mahmud..

addin

Ketika menamatkan zaman bujangnya, Abu Bekir telah memilih gadis sebagai isteri yang berkelulusan MBA dalam bidang kewangan yang boleh kita anggap paling ideal baginya. Keluarga Bekir juga telah meletakkan pengantin perempuan itu untuk menggotai lembaga pengarah syarikat CMS. Namun, ini bermakna Datin Sri Shahnaz Majid, yang kini menyaman Bekir untuk menuntut perceraian, tetap kelihatan layak untuk membuat anggaran ke atas nilai anak Taib Mahmud itu – dan isterinya itu kini menuntut RM400 juta.

Menurut peguam yang pakar dalam kes-kes perceraian sebagai mana yang telah ditanya oleh Sarawak Report, si isteri layak menuntut 30% dari kekayaan sepencarian, yang membuat Abu Bekir yang berusia 48 tahun itu seorang jutawan.! Pendedahan seperti ini tidak seharusnya dilakukan memandangkan keluarga Taib Mahmud baharu saja mewar-warkan berita untuk meletakkan Bekir bertanding di Sadong Jaya, sebuah kerusi DUN yang mereka anggap amat selamat.

Taib dikatakan bercadang untuk meletakkan penggantinya, Bekir di kawasan itu. Malah, Perdana Menteri Najib Razak juga diketahui akan melawat kawasan tersebut pada 19 Mac ini. Namun, kini para pengundi perlu mengetahui dengan lebih lanjut maklumat-maklumat tambahan bakal calon wakil rakyat mereka itu!

Sikap yang buruk?

Shahnaz, saudara kepada penyanyi terkenal jazz Sheila Majid, dan disukai ramai, berkata Abu Bekir telah mendatangkan kecederaan fizikal dan mental terhadapnya. Menurut beberapa laporan, Shahnaz telah mendakwa suaminya itu pernah menumbuk kepala, muka dan matanya; menerajang rusuknya, dan mencekiknya. Dia juga mendakwa dirinya pernah dihamburkan dengan kata-kata kesat dan jijik. Dakwaan ke atas Abu Bekir itu tidak jauh berbeza dengan dakwaan seorang teman wanita Sulaiman Abdul Rahman Taib, adik kepada Abu Bekir, ketika di sebuah bar di KL beberapa ketika dahulu.

Pasangan Bekir dan Shahnaz, berkahwin pada tahun 1992 dan kini mempunyai seorang anak lelaki berusia 17 tahun, telah tidak lagi berhubungan sejak 2001. Shahnaz mendakwa, sejak 1999, suaminya jarang pulang ke rumah dan enggan mendengar nasihatnya, sukar dihubungi dan diketahuinya sering aktif berinteraksi dengan perempuan-perempuan lain. Sebaik saja Bekir berkahwin kali kedua dengan wanita muda berambut perang berketurunan Russia, dia terus mengabaikan Shahnaz dan anak mereka.

Aset-aset

Namun yang menarik perhatian umum adalah aset-aset milik Abu Bekir dan bagai mana dia memperolehi segala kekayaan yang akan melayakkannya untuk mewakili kawasan berkenaan. Shahnaz mengatakan Bekir memilik beberapa buah rumah mewah dan kawasan tanah beribu-ribu hektar, yang tidak sedikitpun menjadi kejutan kepada mana-mana pembaca Sarawak Report. Menurut Shahnaz lagi, Bekir memiliki tujuh buah kereta mewah termasuk yang berjenama Lamborghini, Ferrari, Bentley dan Mesarati.

Menurut isteri pertamanya itu lagi, harta-harta milik bersama mereka adalah termasuk saham-saham dalam 15 buah syarikat yang berlainan, termasuk Cahaya Mata Sarawak dan Sarawak Cable Bhd dan juga simpanan-simpanan mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) dan dalam unit-unit Amanah Saham Bumiputera. Sarawak Report telah menjalankan penilaian ke atas harta-harta yang dimaksudkan oleh Shahnaz itu.

CMS

Abu Bekir merupakan Pengarah utama dan juga pemegang utama ke atas saham-saham dalam CMS bersama-sama saudaranya, Sulaiman Taib. CMS seharusnya sebuah syarikat awam yang mempunyai aset-aset yang diperolehi dari bumi Sarawak menerusi keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri. Namun, sebahagian besar saham-saham CMS dipegang oleh ahli-ahli keluarga Taib Mahmud.

Laporan Tahunan 2009 CMS yang merupakan laporan yang terkini yang ada pada kami masih mendaftarkan arwah isteri Ketua Menteri, Laila, sebagai pemegang utama saham-saham di situ (walaupun kini kita percaya bahawa saham-saham arwah telah dibahagikan antara kedua-dua anak lelakinya itu). Bagai mana arwah isteri Taib, yang bukannya dari golongan peniaga dan juga bukan pencari nafkah keluarganya, dapat mengumpulkan harta yang sebegitu banyak dan tidak pula pernah mengisytiharkannya kepada umum ataupun kepada pemegang-pemegang saham yang lain dalam CMS!

Abu Bekir dan saudaranya, Sulaiman, merupakan pemegang utama seterusnya dan kesemua empat orang anak Taib mengawal Majaharta, yang disenaraikan sebagai pemegang saham terbesar! Setiap saham kini bernilai lebih 3 ringgit, dan mana-mana wanita yang berkelulusan MBA dalam bidang kewangan akan dengan mudah membuat perkiraan bahawa jumlah saham-saham adalah secara kasarnya RM150 juta.

Ketua Menteri gemar menyalurkan banyak kontrak awam menerusi CMS, untuk mempastikan saham-saham itu berada pada harga yang memuaskan. Salah sebuah kontrak yang berprofil tinggi dan mewah yang telah diberikannya kepada ahli-ahli keluarganya adalah Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) yang baru siap dibina dan telah dijadikan tempat perhimpunan politik BN pada hujung minggu lalu. Dasar ‘kemajuan dan pembangunan’ yang telah dicanai oleh Taib telah sebenarnya secara langsung menguntungkan CMS. Projek-projek besar yang lain pula, seperti rancangan SCORE, merupakan ‘lembu susu’ bagi keluarganya!

Syarikat Titanium Management milik Abu Bekir telah menerima bahagian tanah yang amat luas dari negeri Sarawak beberapa tahun yang lalu, kesemuanya djelaskan kepada kerajaan negeri secara misteri “payment in kind” (i.e. dalam sebarang jumlah, atau bentuk bayaran)!

Pengiraan yang dibuat oleh Sarawak Report ke atas semua tanah yang diterima oleh syarikat Abu Bekir berjumlah sekitar 70,000 hektar, sama dengan keluasan pulau Singapura, terima kasih kepada keputusan ayahanda Taib yang juga seorang menteri yang mengawal sumber-sumber alam negeri ini.

Setelah tercetusnya persengketaan menerusi mahkamah-mahkamah, maka diketahui umum bahawa tanah-tanah yang diterima Bekir adalah tanah hak orang lain! Cubaan Ketua Menteri untuk meminda perundangan mengenai tanah NCR telah diperintahkan oleh mahkamah sebagai tidak berteras dan wajar. Hanya pada minggu lalu syarikat Polar Horizon milik Abu Bekir telah mengeluarkan notis-notis pengusiran ke atas beberapa orang Iban yang pemilik secara sah ke atas tanah NCR, terpaksa berundur setelah peguam PKR See Chee Howe mengheret syarikat tersebut ke mahkamah dan kes itu juga telah disiarkan menerusi Radio Free Sarawak dan juga di mana-mana. Orang-orang Abu Bekir telah secara lisan memberitau orang-orang kampung bahawa pengusiran itu tidak diteruskan, walaupun tiada sebarang arahan secara bertulis telah diterima.

Dengan bertambahnya bilangan persengketaan tanah, mungkin Datin Shahnaz perlu menyelaraskan semula perkiraannya ke atas nilai-nilai tanah-tanah yang dituntutnya dari suaminya itu dalam mahkamah nanti!

Harta-harta di luar negara!

Mahmud Abu Bekir Taib adalah salah seorang ahli lembaga Pengarah dan peneraju syarikat Sakto Corporation di Kanada, yang kini memilik harta bernilai berjuta-juta USD.

Dia telah menubuhkan syarikat tersebut dengan gandingan saudaranya Jamilah Taib dan bapa-saudara mereka, Onn Mahmud, semasa dia masih sebagai penuntut kolej berusia 20 tahun lagi! Pada tahun pertama operasinya, syarikat berkenaan telah melabur sebanyak $7 juta untuk membeli 400 buat unit kediaman di Ottawa, di Kanada. Kini ia memiliki ruang-ruang pejabat, kedai dan kediaman serba moden yang mencecah nilai ratusan ribu dollar. Kemudian, Bekir dilantik sebagai salah seorang Pengarah dan pemegang utama saham dalam syarikat Sakti International yang ditubuhkan di US dalam tahun 1987.

Bekir bertindak selaku presiden dalam syarikat itu sehingga ianya diserahkan kepada adiknya, Sulaiman, yang pada ketika itu sedang menuntut di sebuah universiti di San Francisco. Harta dalam Sakti International dan syarikat-syarikat yang berkaitan di rantau itu bernilai berjuta-juta dollar juga. Seperti yang telah didedahkan oleh Sarawak Report sebelum ini, pegangan secara rahsia ke atas saham-saham itu bermaksud separuh dari saham yang dipegangnya dalam Sakti adalah sebenarnya dipegang bagi pihak bapanya Abdul Taib Mahmud! Abu Bekir telah sebenarnya diletakkan sebagai saudagar utama dan penjana pendapatan sejak dia berusia 20 tahun lagi kerana kononnya bapanya dilarang oleh undang-undang untuk memperoleh kekayaan dalam apa jua cara sekali pun. Kononnya! Namun, Taib belum pernah memberikan penjelasan mengapa saham-saham yang besar yang dipegang oleh anak-anak dan saudara-saudaranyanya bagi pihak dirinya itu boleh mencecah sehingga 50% dari keseluruhannya!

Sarawak Cable

Syarikat ini, yang telah dikorporatkan sekitar 1990an, telah lama tidak aktif sehinggalah pada tahun 2008 apabila ianya dilihat hidup semula dengan penuh tenaga setelah mengambil-alih Universal Cable (Sarawak) Sdn Bhd, yang membuat kabel-kabel elektrik. Di Sarawak Cable Abu Bekir Taib merupakan Pengerusi dan memiliki 36% saham, manakala sepupu bapanya, Hamid Spawi, memiliki 20%. Harga saham yang terkini , yang diniagakan pada bulan November lalu, bernilai RM1.29. Maka kami boleh anggarkan saham 43 juta dalam pegangan Abu Bekir bernilai sekitar RM55 juta.

Apa-apa seharusnya berjalan lancar bagi syarikat itu memandangkan negeri Sarawak kini merupakan pelabur terbesar sebuah projek bersama mereka. Pada bulan November 2010 mereka diberikan projek mengeluarkan kabel elektrik bertransmisi tinggi yang bernilai RM98.68 juta oleh Sarawak Energy Bhd, sebagai usahasama mereka dengan Sinohydro!

Sudah pasti Abu Bekir tidak mempunyai sebarang masalah memujuk para pengundinya bahawa dia adalah seorang yang sangat kaya dan berpengaruh, suatu langkah yang sering digunakan oleh ahli-ahli politik BN untuk meraih sokongan. Bekir mungkin akan mengikut jejak langkah bapanya yang gemar menghulurkan empat-lima ratus ringgit untuk membeli undi mereka. Tetapi para pengundi haruslah berfikir sedalam-dalamnya dari manakah Abu Bekir mendapat wangnya dan sama ada hasil dari tanah-tanah NCR rakyat dan harta-harta negeri. Jika ya, maka para pengundi harus mempertimbangkan sama ada mereka mengundi dengan betul untuk mengembalikan kesemua aset-aset rakyat itu./Sarawak Report

Tiada ulasan:

Catat Ulasan