Pensyarah wanita mati melecur

PETALING JAYA: Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila hampir seluruh badannya melecur teruk selepas rumah sewa di tingkat tujuh sebuah apartmen servis di Jalan PJU8/7, Damansara Perdana di sini terbakar semalam.
Mayat, Elizabeth Wong, 25, ditemui pada pukul 11 pagi oleh sepasukan bomba selepas operasi memadam kebakaran di apartmen jenis studio itu selesai.
Ketika ditemui, mangsa dipercayai pensyarah di sebuah kolej swasta di sini berada dalam keadaan terlentang di tepi katil dengan kesan melecur hampir 80 peratus di badan.
Kejadian tersebut disedari oleh seorang pengawal keselamatan di apartmen tersebut yang terdengar bunyi letupan kuat.
-kosmo-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan