Premis awam turut jadi tumpuan kempen BN


Merlimau berbangga dengan sebuah masjid baru di tengah pekan tersebut dan seperti masjid-masjid lain di Malaysia, menaranya dilengkapi dengan pembesar suara.

Bagaimanapun, kini, bukan setakat azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sahaja yang boleh didengar dari Masjid as-Syuja'ah.

NONE"Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orangMelayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik.

"Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan," begitu antara yang disampaikan seorang penceramah sebelum masuk waktu solat Isyak pada hari Isnin.

Mungkin halus bunyinya tetapi mesej tersiratnya konsisten dengan risalah yang ditemui di sekitar kawasan pilihan raya kecil DUN Merlimau, bahawa mengundi Pakatan Rakyat adalah seperti memperjudikan masa depan orang Melayu di negara ini.

NONE"Bila kita kalah (di satu kawasan), sangat sukar untuk menang kembali. Kami kalah Kelantan pada 1990 dan kami masih belum berjaya mendapatkannya kembali," katanya.

Oleh itu, jagalah Melaka baik-baik, kata bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad ketika berkempen di Kampung Permatang Pasir di Merlimau pada hari Isnin.

Begitu juga dengan satu risalah yang memuatkan keratan akhbar bertajuk Melayu hilang kuasa, bersebelahan gambar mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menangis, dengan judul "Anak cucu bagaimana?".

NONEManakala di satu majlis di SMK Dang Anum pada hari Isnin pula Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta hadirin yang terdiri daripada pelajar berusia 15 tahun, ibu bapa dan guru mereka, mengangkat tangan jika mereka adalah pengundi di DUN Merlimau.

Dan bila mereka berbuat demikian, Mohd Ali berkata terdapat 311 guru yang mengundi di Merlimau), sambil menambah bahawa Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah menaikkan elaun mereka.

"Ada ubi ada batas lah kan," katanya memetik pepatah Melayu yang membawa bermaksud membalas budi.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan