S'jaya minta Dr Khairul 'pertahan reputasinya'

Suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Teoh Beng Hock mahu ahli patologi, Dr Khairul Azman Ibrahim - yang melakukan bedah-siasat terhadap Teoh - supaya "mempertahankan reputasinya", ekoran keterangannya bahawa tiada bukti yang menunjukkan mangsa dicekik.

Pengerusi suruhanjaya tersebut, Datuk James Fong - selepas mendengar keterangan Dr Khairul hari ini - meminta ahli patologi dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang - supaya membaca laporan pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand.

"Biarlah doktor (Dr Khairul) mempertahankan reputasinya yang dipertaruhkan di sini," kata Foong.

Foong bertegas kerana Dr Porntip, dalam laporan otopsi kedua, menunjukkan bahawa ada kemungkinan 80 peratus kematian Teoh adalah kes bunuh.

Dr Porntip telah berkata, dia melihat tanda kecederaan pada Teoh yang menunjukkan kemungkinan dia dicekik, dan bahawa Teoh pengsan ketika dia jatuh dan ada kecederaan pada bahagian duburnya, yang menunjukkan kemungkinan berlaku penetrasi objek sebelum jatuh.

NONEIni bertentangan dengan andaian Dr Khairul (kanan) di mana dia 
berkata, tidak ada kecederaan luaran di bahagian leher Teoh untuk menunjukkan dia dicekik walaupun ada terdapat "lecetan kecil " di sebelah kirinya.

Lecetan itu, kata Khairul, mungkin akibat terkena pena yang ditemui dalam saku jaket Teoh.

Dr Khairul juga berkata, Teoh masih hidup sewaktu dia jatuh dan dipercayai jatuh atas kaki.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan