Tender Bekal Baja Seumur Hidup Kepada RISDA Sebagai Upah Dato Eskay?

edyesdotcom
Petikan kenyataan chegubard pada tanggal 24 Mac lalu. Ini semua politik kotor kerana kepentingan peribadi. Satu carian mendapati Majalah Pertanian di Thailand tahun 2009 pernah menyiarkan gambar Datuk Eskay, Tan Sri Rahim, Datuk Aliasak dan Datuk Yusof Noor ketika lawatan di Surat Tani yang antaranya melawat Kilang Baja Silikon di situ, adakah mereka yang terlibat dalam kes ini juga punya kepentingan dengan pembekalan baja ke Risda dari Selatan Thailand yang membawa keuntungan cukup besar.

Ini semua persoalan penting yang harus mereka jawab ! klik sini untuk baca lanjut Ini kenyataan bekas pengawal peribadi Datuk T :
Mahti yang kini seorang penternak kambing berkata Eskay cuba mendapatkan bantuan daripada pengerusi Risda yang kebetulan adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bagi mendapatkan tender membekalkan baja.
Menurut sekeping kad perniagaan Aman Agroprenuers yang ditunjukkan oleh Mahti, Datuk Shuib Lazim, seorang bekas senator, adalah penasihat syarikat itu. Semakan di laman sesawang syarikat itu pula menyenaraikan nombor telefon dan maklumat mengenai Eskay. klik sini untuk baca lanjut
Gila! Konspirasi skandal video seks Anwar adalah sebenarnya sebuah projek 'you help me, I help you'. Setelah konspirasi yang hanya bertahan selama dua hari ini gagal dengan pengakuan pasukan T stooges di Impiana pada 23 Mac lalu, ia lantas memberikan lebih banyak klue kepada skandal-skandal lain yang melibatkan agensi kerajaan iaitu RISDA, melibatkan UMNO dan PERKASA dan juga terbongkar identiti sebenar Datuk SK.

Mereka (T Stooges) mahukan suruhanjaya di raja untuk menyiasat video tersebut. Bagaimana perlunya suruhanjaya diraja sedangkan mereka sendiri telah muncul di khalayak umum bahawa merekalah dalang kepada penyiaran video seks yang pertama kalinya dihalalkan di Malaysia.

Saya fikir, Suruhanjaya Diraja itu memang perlu, tetapi bukan untuk siasat video seks yang telah diketahui pucuk pangkalnya. Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat tender-tender baja RISDA, apakah ianya dimonopoli oleh Datuk SK kerana difahamkan Dato SK mempunyai 5 kilang baja di Selatan Thai. Apakah ada skandal penyeludupan baja atau sebagainya? Di sinilah perlunya Suruhanjaya Diraja kerana ia melibatkan agensi kerajaan Malaysia iaitu RISDA.

Keterlibatan RISDA yang kononnya menempah hotel di Carcosa Sri Negara juga harus disiasat segera. Begitu juga dengan tayangan kedua video seks tersebut di Hotel Flamingo yang melibatkan YB Johari Abdul dan termasuklah juga tayangan ketiga sebelah malamnya di Hotel Shangrilla yang melibatkan pula cheGuBard dan Anuar Mohd Nor. Adakah semua perbelanjaan ini telah ditanggung oleh Kerajaan Malaysia melalui RISDA?

Siasatan perlu dijalankan bukan hanya menjurus kepada pelakon di dalam video seks, tetapi ia sepatutnya merangkumi siapa di belakang dalang T stooges ini.

Amat bingung apabila secara tiba-tiba, ramai menteri UMNO yang membuat kesimpulan sendiri bahawa skandal jahat cubaan membunuh terus karier politik Anwar Ibrahim ini tidak ada kena mengena dengan Kerajaan BN dan UMNO. Apakah RISDA itu bukan kerajaan? Apakah Perkasa itu bukan UMNO? Mengapa polis tidak menyerbu hotel Carcosa? dan akhir sekali, siapakah yang akan peroleh keuntungan paling besar sekiranya DSAI dimalukan dengan fitnah amat jahat ini??

Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia. Sudah tiba masa untuk kita gulingkan sebuah kerajaan yang zalim!!

EDYES @ edyesdotcom
Court oF Public Opinion

Tiada ulasan:

Catat Ulasan