Tun Faisal BERLAGAK, TAK SEDAR DIRI dan PERASAN !!

AnakSgDerhaka
Tun Faisal ni rasanya semua orang UMNO dah kenal dia ni.. tapi buat penyokong Pakatan Rakyat yang tertanya-tanya siapa Tun Faisal itu? Dari hutan manakah dia datang?

Tun Faisal adalah Exco Pemuda UMNO yang mempengerusikan Unit Media Baru atau UMB yang fungsinya adalah membantu UMNO dalam perang saraf dengan pihak Pakatan Rakyat.

Beliau didakwa sebagai orang kuat Khairy Jamaluddin dan ada juga yang kata dia ni buta IT.. entahlah.. hanya mereka yang menyokong UMNO lebih mengenalinya.

Malangnya kerja tak jalan dana pula dikatakan lesap.. aku malas nak tulis panjang-panjang pasal Tun Faisal ni.. pasal aku tak kenal sangat dia ni.. korang bacalah apa yang ditulis oleh Cucu Tok Wan dari The Flying Kick yang aku paste dibawah ni..

Parpukari lebih layak mempengerusikan Unit Media Baru UMNO itu rasanya..

MELAKA BUBAR UNIT MEDIA BARU?!!
The Flying Kick

Unit Media Baru atau UMB yang dipengerusikan oleh Exco Pemuda Tun Faisal Ismail Aziz sepatutnya membantu UMNO dalam perang saraf dengan pihak Pakatan Rakyat. UMB dijanakan dengan peruntukan yang bukan kecil. Bagaimanapun, rata-rata merungut dan mengecam UMB dan Tun Faisal kerana terlalu BERLAGAK, TAK SEDAR DIRI dan PERASAN sebagai boss kepada para bloggers, sekalipun Tun Faisal sebenarnya tidak mempunyai blogger yang bernaung di bawah UMB.

Maka masalah tersebut meledak di Kerdau dan Merlimau. Di Melaka, media baru dijalankan oleh Pahlawan Melayu Melaka atau PMM dan bukannya UMB. 20 orang bloggers yang bernaung di bawah PMM langsung tidak menghiraukan Tun Faisal dan UMBnya yang dilihat sangat pincang dan hanya gah pada nama tetapi langsung tak buat sebarang kerja dan gagal berfungsi mengikut bidang tugas bagi menaikkan nama Pemuda UMNO.

Apa yang berlaku di Merlimau dan cubaan 'merampas' kuasa di Kerdau jelas memperlihatkan bagaimana Unit Media Baru tidak lebih daripada sebuah entiti yang sebenarnya cuba menaikkan nama Tun Faisal dalam Pemuda UMNO, bukannya menaikkan Pemuda UMNO secara keseluruhannya.

Dengan kata-kata lain, Tun Faisal sebenarnya TAK PAYAH ADA DALAM PEMUDA UMNO PUN tidak menjejaskan perjalanan cywar UMNO. Bahkan ketiadaannya lebih melicinkan dan melancarkan tugas para peserta yang terbabit dalam cywar.

Di Kerdau, Pahang, media baru dikendalikan oleh PAHANGKU. UMB yang sepatutnya menjalankan tugas dan menaungi para blogger, ditolak sejak dari awal lagi. Boleh dikatakan, hampir keseluruhan blogger UMNO menolak UMB yang tidak lebih daripada sebuah mesin pengaut wang untuk masuk ke akaun sendiri, berbanding terlibat secara langsung dengan permainan dunia perang siber. Yang lebih malang, Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO sendiri pun, BUTA KAYU TENTANG CYWAR!!!! 

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI 

dan baca juga Parpu Kari lebih layak ketuai Unit Media Baru (UMB) Umno di SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan