Video Seks: Siapa Dalang Sebenar Di Sebalik Datuk 'T'

ramziredang

Beberapa minggu yang lepas ada seorang tua yang hampir nyanyuk menulis sebuah buku yang bertajuk Doktor Kutty Dalam Rumah. Dalam buku tersebut dia mencerita kisah si pulan yang dibekalkan perempuan untuk seks. Lakarannya tentang buku tersebut semacam ada tak kena dengan suasana sekarang.

Seolah olah Hikayat Merong Mahawangsa sedang hebat diiklankan sebelum tayangan sebenar bermula. Relatifnya doktor kutty dengan sipulan dan juga datuk T dengan sipulan, semacam cerita hindustan yang berbelit tetapi kita dah tahu jalan ceritanya. Begitu juga relatifnya datuk T dengan doktor kutty.

Saya tidak fikir Najib sebodoh ini mahu mengeksploitasi taktik murahan ini demi survival politiknya. Najib sudah ada Liwat II sebagai senjata. Semua tahu tuduhan liwat II sudah hampir menyerlahkan episod terakhir. Penonton juga sudah mengetahui samada penamat cerita ini, sudah ada seperti yang diskripkan. Malah isu seperti DNA pun sudah dapat diagak jalan ceritanya.

Isu video seks pada pandangan saya hanyalah serampang dua mata. Memburukkan Anwar dan pada masa yang sama memendekkan hayat Najib dalam politik. Jika diperhatikan tiga orang yang menggelarkan diri mereka datuk T, kita sudah hampir pasti siapakah bos mereka.

Malah pada kali ini, pembacaan skrip oleh pelakun lain ,seperti Zul pelacur kulim agak caca marba. Seperti juga Zahrain mulut busuk. Sekejab gitu sekejab gini. Seolah mereka tidak diberitahu, seperti lazimnya perancangan yang dilakukan oleh UMNO. Tidakkan kita tahu biasanya jika ada kes seperti ini, ulasan mereka akan selari?

Dengan ulasan yang caca marba inilah menggambarkan bahawa Najib sebenarnya tidak terlibat dengan video. Cuma Najib diberitahu kemudian. Tanpa Najib menyangka isu ini sebenarnya juga digunakan oleh mereka untuk memendekkan hayat Najib ditakhta teratas. Mereka ingin memalukan Najib secara halus. Kononnya ingin menolong Najib untuk mendapatkan perpindahan wakil rakyat PKR.

 Sebenarnya ada seseorang yang menyimpan dendam yang sangat dalam di dalam dirinya. Kerana dulu dia menyangka orang akan menyokong dirinya selamanya. Tetapi tanpa disangka dia terpaksa mencebikkan bibirnya menangis dan mempertontonkan mukanya yang kerepot di mata penonton TV kerana dipaksa turun pentas lakonannya. Nyatalah dia bukan sahaja doktor in d house,also actor in d house and so so.

Percayalah orang sepertinya tidak akan duduk diam selamanya walaupun dengan partinya sendiri. Perhatikan ucapan ucapannya kebelakangan ini, berlagak sebagai perdana menteri. Kata orang tua, melihat riak di air,sudah tahu jantan betinanya.

Mungkin dia sedang tersenyum sendiri, melihat jeratnya memakan dua mangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan