Wanita Besi: Hamidah Hero Baru Perak?

MOHD MUNIR ALI 

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat inisiatif dan usaha bersungguh-sungguh Pergerakan Wanita Umno Bahagian Gopeng yang diketuai oleh Datuk Hamidah Osman yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Umno Malaysia dalam isu yang melibatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimulakan di Negeri Perak kini telah semakin hebat dan mula merebak keseluruh Negara hasil kekuatan strategi yang dirancang Datuk Hamidah. 

Dengan isu ini, Datuk Hamidah yang lebih dikenali sebagai perancang utama rampasan kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Perak kini bolehlah disifatkan sebagai ‘Hero’ baru Umno. Ini dapat dilihat dari kejayaan beliau mencipta sejarah dengan kehadiran seramai 1,000 orang perwakilan ke Perasmian Serentak Wanita Umno Bahagian Gopeng baru-baru ini di samping penganjuran  ‘Himpunan Aman’ membantah tindakan Datuk Seri Anwar dalam isu DNA dan termasuk juga mengetuai himpunan di Pejabat DAP, PAS dan PKR di Medan Istana, Bandar Ipoh Raya semalam. 
  
Jelas majlis perasmian serentak Mesyuarat Wanita Umno Bahagian Gopeng tampak hebat dengan kehadiran Datuk Rosni Sohar, Penolong Setiausaha Wanita Umno Malaysia, walaupun tanpa kelibat Datuk Hamzah Kasim, Ketua Umno Bahagian Gopeng dan Datuk Rusnah Kassim, Ketua Pergerakan Wanita Umno Negeri Perak di dalam majlis tersebut. Bahkan peranan Datuk Hamidah kini  dilihat semakin hebat bila dia sentiasa menjadi egan penceramah baru seperti Ummi Hafilda Ali dan Rohimi Osman dalam usahanya yang bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar. 
  
Walaupun Datuk Hamidah tidak bersama dengan Wanita Umno Perak yang kini sedang mengejakan Umrah, beliau kini bergerak bersendirian bagi terus memastikan dirinya akan  menjadi ‘orang penting’ di Perak. Sudah tentu banyak pihak tidak senang dengan tingkah laku beliau dan perkara ini diakui oleh Umno sendiri. DPPN Pk akan mendedahkan rahsia besar Datuk Hamidah bila mendapat bukti penuhnya nanti. Marilah kita tunggu pendedahan seterusnya pula untuk Datuk Hamidah. 
  
  
MOHD MUNIR ALI 
Timbalan Ketua, 
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan