Adun BN mencarut dalam sidang DUN N.Sembilan

amkns
April 26, 2011. Kekecohan itu berlaku gara-gara tindakan Adun BN-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad mengeluarkan perkataan "p*****". Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan ke 12 hari ini menjadi kecoh dan berlaku insiden bertikam lidah apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Barisan Nasional (BN) mencarut.

Kekecohan itu gara-gara tindakan Adun BN-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad mengeluarkan perkataan “p*****” ketika sesi perbahasan titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan awal pagi tadi. 

Semuanya bermula apabila Teo Kok Seong (DAP-Bahau) berkata kerajaan Pakatan Rakyat menang di beberapa negeri seperti Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan namun hanya di Perak ia dirampas oleh “lanun-lanun”. 

Komen Teo kemudian mendapat reaksi berbeza daripada Zainal Abidin yang bangun dan mengeluarkan perkataan mencarut dan menghina itu. Gara-gara tindakan Zainal Abidin itu, sidang Dun mula kecoh selama tujuh minit. 

Wakil rakyat Pakatan M Ravi (PKR-Port Dickson) membantah perkataan mencarut itu dan mahu ia ditarik balik memandangkan tindakan tersebut memberi penghinaan kepada kaum India. Ini diikuti Cha Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang) yang mahu Speaker Dewan Datuk Razak Mansor mengeluarkan arahan agar Zainal Abidin diperintah keluar dewan. 

Menurut Cha, tindakan Zainal Abidin itu bukan kali pertama kerana beliau pernah mengeluarkan kata-kata kesat pada sidang Dun yang lalu. Namun Razak berkata beliau tidak mendengar perkataan itu dikeluarkan oleh Zainal Abidin manakala Datuk Yunus Rahmat (BN- Klawang) kemudian mendakwa Teo adalah punca kekecohan itu berlaku. 

Teo membalas bahawa dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka lanun membawa maksud “merampas”.

Oleh Zefry Dahalan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan