Bayi jatuh dari tingkat 4 selamat tanpa sebarang kecederaan

ORLANDO: Ia bagaikan satu keajaiban apabila bayi yang terjatuh dari bangunan setinggi empat tingkat tetapi masih hidup. 

Kejadian terbaru melibatkan seorang bayi perempuan berumur 16 bulan yang dipercayai terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas terjatuh daripada balkoni dari tingkat empat di sebuah hotel di Orlando, menurut polis, kelmarin. 

Jah-Nea Myles bernasib baik apabila seorang pelancong warga Britain berada di kawasan berdekatan pada masa itu bertindak pantas menyambutnya. 

Helen Beard, 44, berkata, dia terkejut apabila orang ramai mula menjerit melihat seorang bayi perempuan hampir terjatuh dari beranda dan bertindak pantas menunggu di bawah untuk menyambutnya. 

Menurut agensi media tempatan, bayi itu berjaya disambut tetapi terlepas daripada pelukan Beard dan jatuh ke tanah tetapi mujur bayi itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius. 

Sebelum kejadian, ibu Miles meninggalkannya di bawah jagaan seorang rakan yang mendakwa dia tidak menyedari anak kecil itu menyelinap keluar ke balkoni bilik hotel tersebut.
-sinarharian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan