Jangan tanya soalan sensitif atau ditangkap, dakwa pelajar

Walaupun naib canselor Universiti Malaya (UM) memberi jaminan bahawa semua soalan akan dijawab oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao, tetapi seorang pelajar mendakwa dia diberi amaran supaya jangan membangkitkan sebarang soalan "sensitif" atau dia boleh ditangkap oleh polis.

NONEInsiden itu berlaku semasa sesi soal-jawab, selepas Wen 
menyampaikan ucapan ringkas kepada lebih 2,000 kakitangan dan pelajar UM serta pelajar dari China di Dewan Tunku Canselor, UM.

Pelajar UM tersebut, Chan Shao Kang, 20, yang memberitahu media mengenai insiden itu, berkata dia cuba beberapa kali untuk mengemukakan soalan, dengan mengangkat tangan dan melaung meminta perdana menteri China itu memberinya peluang untuk mengemukakan soalan.

Chan - pelajar tahun pertama pengimejan perubatan - berkata seorang pegawai, yang dipercayainya dari jabatan hal-ehwal pelajar, kemudian mendekatinya dan bertanya apakah soalannya.

um protest in conjunction with wen jia bao visit to universiti malaya 270411 chan shao kang approached by officer"Saya kata saya mahu bertanya mengenai tangkapan sebelum 
majlis tersebut berlangsung, tetapi pegawai itu kata ia soalan sensitif dan menasihatkan saya supaya tidak membangkitkan perkara itu.

"Dia kemudian bertanya sama ada saya mempunyai soalan lain dan saya memberitahunya saya mahu bertanya mengenai tragedi Tienanmen Square (yang berlaku pada 4 Jun 1989)," katanya.
Menurut Chan, pegawai tersebut sekali lagi memberi amaran kepadanya supaya tidak bertanyakan soalan sedemikian dan jika tidak, pihak polis akan membawanya pergi dari situ.
Sebelum itu, polis menahan 13 aktivis Malaysia yang telah cuba berkumpul di depan dewan tersebut untuk mendesak pembebasan artis dan aktivis terkenal China, Ai Weiwei, yang ditahan oleh kerajaan China awal bulan ini, dipercayai kerana penglibatannya dalam aktiviti hak asasi manusia.

NONEChan (kanan) berkata, seorang anggota polis kemudian muncul dan memintanya supaya keluar dari dewan tersebut, tetapi dia enggan berbuat demikian.

"Anggota polis itu kemudian berdiri di sebelah saya dan apabila saya cuba untuk mengemukakan soalan ketiga, mereka cuba memujuk saya supaya duduk."

Chan berkata, seorang lagi pegawai yang memakai tanda nama "Mahadi" kemudian duduk di sebelahnya sehingga majlis itu selesai, dan beredar apabila wartawan datang mendekatinya.

"Saya bimbang pihak universiti mungkin mengambil tindakan terhadap saya, tetapi saya sedia menghadapinya," kata Chan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan