Karpal mahu mahkamah bebaskan Anwar


KUALA LUMPUR: Peguam Karpal Singh ketika menggulung hujah dalam kes fitnah 2 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menyatakan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan wujud prima facie dalam kes tersebut.

Dengan menyertakan pelbagai bukti dalam hujahnya, Karpal menyatakan bahawa kes itu seharusnya ditolak oleh mahkamah kerana wujud keraguan melampau berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan saksi-saksi pendakwa.
Antara lain, Karpal berkata, hujah saksi utama pendakwa Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Karpal, pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar adalah di bawah Seksyen 377 B Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabie secara sukarela, namun keterangan yang diberikan Saiful menyatakan dia dipaksa.
Selain itu, pendakwa juga tidak memanggil Doktor Hospital Pusrawi, Dr Osman Abdul Hamid, doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dia membuat laporan polis.
Perbicaraan hari ini adalah penting untuk hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan samada meneruskan perbicaraan atau membuang kes tersebut.
Berikut kronologi perbicaraan:
8.53 pagi: Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin nasution.
9.03 pagi: Peguam Sankara Nair dan Param Cumaraswamy memasuki mahkamah. Turut kelihatan peguam Saiful Bukhari, Zamri Idrus.
9.21 pagi: Karpal dan Ketua Pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abidin menemui Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah di kamarnya.
9.31 pagi: Selepas kira-kira 10 minit, kedua-dua pihak muncul dari kamar hakim. Prosiding perbicaraan dimulakan.
9.34 pagi: Karpal memulakan hujah dengan mengingatkan mahkamah untuk berlaku adil dan hakim adalah manusia yang membuat keputusan.
“Bergantung pada apa sedang ditentukan dalam mahkamah. Bukan media atau apa dikatakan oleh perdana menteri.” katanya.
9.40 pagi: Karpal kata terdapat tidaksepatutnya terdapat jurang dalam kes pendakwaan.
“Mahkamah mesti meneliti kredibiliti saksi-saksi setiap pendakwaan.”
9.45 pagi: Karpal menyatakan pendakwa mesti membuktikan kes tersebut.
“Terdapat bukti prima facie pada akhir kes pendakwa. Jika keraguan wujud, pembela tidak sepatutnya dipanggil.”
“Pendakwa telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie. Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, dengan menentukan unsur-unsur
percanggahan dan mahkamah mesti tertakluk kepadanya untuk penilaian maksimum.”

9.50 pagi: Karpal menunjukkan satu bukti tidak konsisten adalah tuduhan melakukan seks di luar tabie – di bawah seksyen 377b dengan persetujuan.
“Namun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan,” kata karpal sambi menambah pendakwaan tidak boleh meminda pertuduhan tersebut.
9.53 pagi: Karpal mengingatkan mahkamah perbicaraan kes liwat pertama melibatkan Anwar 10 tahun lalu di mana Mahkamah Persekutuan menolak kes yang diputuskan mahkamah tinggi ketika itu.
“Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk pembelaan,” katanya.
10.00 pagi: Karpal mengatakan yang Saiful mungkin telah meninggalkan bilik di mana kejadian liwat dikatakan berlaku beberapa kali.
10.01 pagi: Karpal memasuki perincian tentang perkara itu yang diketahui berdasarkan testimoni Saiful.
Karpal memberi contoh, ketika Anwar meminta Saiful untuk merapatinya manakala pengadu memakai sehelai tuala, Saiful boleh menjerit atau melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian.
Karpal menambah selepas kelakuan seksual tersebut dikata berlaku, Saiful memakan karipap dan meminum kopi dan tidak keluar dari bilik selama  20 minit. Dia menunjukkan tiada tanda-tanda emosional telah diliwat.
10.10 pagi: Karpal berkata sehari selepas peristiwa itu, iaitu pada 27 Jun, Saiful telah pergi ke Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana, malah ke rumah Anwar. Perkara itu tidak dilakukan bagi seseorang yang telah dianiayai.
10.13 pagi: karpal berkata Saiful melakukan pembohongan di mahkamah dan dalam laporan polis apabila dia menyatakan aksi seks itu dilakukan tidak secara sukarela.
“Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 195 untuk mereka bukti,” Karpal.
10.20 pagi: Karpal berkata, Saiful juga menangguhkan laporan polis. Dia hanya membuat dua hari selepas kejadian itu dikatakan berlaku.
‘Doktor pertama yang memeriksa Saiful ialah Dr Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi,” tambah beliau.
10.22 pagi: Karpal berkata, ketidakhadiran Dr osman sebagai saksi meletakkan kes pendakwa itu ditahap meragukan.
10.25 pagi: Karpal berkata, Ezam Md Nor atau Mumtaz Jaafar perlu dipanggil sebagai saksi kerana mereka adalah individu yang pertama berjumpa Saiful.
10.30 pagi: Karpal mahu kesemua bukti berkaitan kejadian liwat itu dibatalkan.
10.32 pagi: Dengan menggambarkan semua bukti Saiful adalah sangsi, Karpal berkata sekiranya mahkamah membuat penilaian yang adil,  kes pendakwaan itu perlu ditolak.
Karpal mengakhiri hujah nya. Ram Karpal mengambil alih dan memulakan penghujahan pada bukti DNA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan