Kemenangan 15 kerusi satu pencapaian cemerlang- Wan Azizah


KUCHING: Kejayaan Pakatan Rakyat menggandakan bilangan kerusi di Sarawak dengan memenangi 15 buah kerusi yang ditandinginya merupakan satu pencapaian cemerlang, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, kejayaan itu juga bukti penerimaan rakyat Sarawak terhadap KEADILAN dan Pakatan Rakyat, biarpun terpaksa berdepan serangan Barisan Nasional yang berterusan memperkudakan jentera kerajaan.
“Tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya negeri Sarawak ini (yang) menjurus kepada dua sistem. Sepanjang kempen kali ini, kita melihat rakyat Sarawak begitu prihatin terhadap isu yang dibangkitkan,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN di Satok, malam tadi.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamad Azmin Ali dan wakil rakyat Batu Lintang yang baru, See Chee How.
Wan Azizah mengucapkan tahniah kepada rakyat Sarawak kerana berani melakukan perubahan dengan memilih KEADILAN di tiga kawasan iaitu Ba;kelalan, Batu Lintang dan Krian.
Tiga kawasan DUN itu mencatatkan keputusan cemerlang apabila KEADILAN berjaya memperoleh kemenangan dengan majoriti besar.
“Alhamdulillah, kita telah melakukan dengan begitu baik sekali,”  katanya sambil menambah kemenangan ini menunjukkan betapa parti KEADILAN membawa aspirasi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
Terdahulu sebelum itu, Baru Bian menjelaskan persaingan kali ini tidak mudah, tambahan keseluruhan jentera kerajaan Pusat termasuk dari Menteri dari Sabah dikerah ke kawasannya untuk berkempen.

“Semua tempat dimasuki dengan membawa projek bernilai jutaan ringgit. Tetapi kita berasa gembira kerana tsunami politik sampai juga ke Sarawak. Melihat kepada jumlah undi popular, saya yakin peratusannya akan meningkat.
“Ini merupakan tanda bahawa orang Sarwak sedang maju ke depan dan memberi keyakinan kepada KEADILAN untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak,” katanya.
Dalam pada itu Baru menambah, kekalahan SNAP dan kehilangan deposit di banyak tempat merupakan tanda jelas bahawa sistem poltik dua parti telah diterima dan disokong.
Beliau menegaskan akan terus memperjuangkan isu tanah tanah adat, tanah kampung sama ada orang Asal dan bukan orang Asal di negeri ini.
Menyentuh sikap pengundi di pedalaman, Baru yakin perubahan tetap akan berlaku sekiranya maklumat disampaikan dengan jelas.

1 ulasan:

  1. Anonymous said...

    untuk org2 cina yang mengundi DAP di SARAWAK...lepas ni kalau perlu kan apa2 bantuan kewangan, tanah, perayaan atau apa2 saja, minta DAP! jangan terhegeh2 minta2 pada parti BN. Benci sungguh aku pada golongan yang lupa asal usul nih!!!!

    April 17, 2011 2:20 PM
    Anonymous mohamed said...

    Aku fikir anon April 17 10:36 adalah penjilat jubur cina. Ada ke

    "Kedegilan Taib Mahmud untuk berundur dari KM adalah punca kekalahan BN dari penyokong Cina"

    Banyak dah diulaskan bahawa sokongan cina TIDAK lagi relevan untuk BN menguasai politik Negara. Faham?

    Baca lah ulasan dalam blog,tentang pilihan raya kecil yang lepas dan kejayaan PRN Serwak yang begitu cemerlang. Dua pertiga dalam tangan. Tanpa sokongan cina pula tu..

    Jangan sekali2 kait kemungkaran cina menyonkong BN dengan PEHIN Seri.

    April 17, 2011 2:32 PM
    Anonymous Anonymous said...

    anon 10.36..
    ko toksah leh buat andaian bodoh cmtu.. bukan itu punca Cina tolak BN lah..CINA bukan bodoh mcm Melayu la..
    CINA sudah ke final stage..iaitu memegang tampuk.. no more sharing power..ok?? ada faham??

    April 17, 2011 2:42 PM
    Anonymous Anonymous said...

    aku sokong anon 1.14!
    kita kena banyak berfikir dgn bijak..cukuplah byk sgt retorik! hidup BN!

    April 17, 2011 2:46 PM
    Anonymous Anonymous said...

    BN kena tegaslah..cukuplah pampering CIA..plssss plsss underastand..dont be slaved by them!! jagalah kelompok setia yg mahu bersusah payah untuk BN!

    April 17, 2011 2:48 PM
    Blogger Adi Kencana said...

    Usaha yang baik. Macam nilah kreativiti yang patut dicontohi!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    April 17, 2011 2:54 PM
    Anonymous Anonymous said...

    1. seperti yng kita sudah maklum pemegang ekonomi malaysia trbesar dtngnya dari bangsa cina.
    2. bandar2 malah pekan di seluruh malaysia perniagaan semua hampir dikuasai oleh bangsa cina.
    3. yang menetap di kawasan bandar dan pekan di malaysia majoriti bangsa cina.
    4. hampir semua kawasan di area bandar pilihan raya sebelum ni dan yng terbaru ni BN kalah.
    5. mungkin 4 or 8 or 9 or 13 tahun akan dtng setiap pelusok malaysia ni majoriti akan dipegang bangsa cina.daerah cina kampung cina pekan cina bandar cina.
    6. pastu korang boleh agak la sendiri kn...

    bukan aku ni nak bersikap perkauman tpi aku betul2 pelik bangsa cina ni dah trlalu bnyak kerajaan sediakan dan sumbangkan untuk dorang tpi dorang ni tak pandai nak kenang budi malah tak pandai nak puas ati dngan apa yng dorang ada...tak da negara lain mcm malaysia ni yng sngat2 bertoleransi walaupun bukan dari pribumi sendiri...

    April 17, 2011 2:56 PM
    Anonymous Anonymous said...

    BN kena ikut demokrasi ... peruntukan disalurkan kepada yang menyokong BN sahaja...

    April 17, 2011 2:58 PM

    BalasPadam