KP kastam terkejut pegawai kanan jatuh bangunan


NONEKetua pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf kini berada dalam keadaan terkejut setelah menerima berita berhubung insiden kematian seorang pegawai kanannya pagi ini.

Pegawai kanan itu dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat jatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.


"Ya, kita sahkan insiden itu berlaku. Datuk Seri dalam keadaan terkejut bila dengar cerita ini," kata pembantu khas Mohamed Khalid, Masrul Amri Kamaruddin.

Masrul Amri juga berkata, ketua pengarah itu dijangka memberi kenyataan kepada media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terangganu pada malam ini.

Mohamed Khalid berada di bandar tersebut untuk mengikuti satu mesyuarat, dipercayai berhubung siasatan yang dijalankan SPRM ke atas jabatan berkenaan.

Difahamkan, mangsa insiden itu merupakan seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKED) Selangor.

Difahamkan, pegawai berkenaan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan