Menjawab Kemusykilan Kuliah Ustaz Azhar Idrus

sinarharapanbaru

Assalamualaikum wrh., wbr kepada semua pembaca Tranungkite.net.

Artikel ini adalah bertujuan untuk menjelaskan kekeliruan yang dibangkitkan oleh saudara Abdullah Ngah mengenai persoalan dan soal jawab agama yang dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dalam salah satu atau beberapa siri ceramah/kuliah beliau.

Sepanjang pengetahuan saya sejak mengikuti kuliah Ustaz Azhar sejak dari tahun 2007, segala ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Azhar dalam kuliah-kuliah pengajian kitab Munyatul Mussoli, Hidayatus Sibyan, Hidayatus-Salikin, Perukunan, Muhimmah, Ta'limul Aulad, Kitab Hadis 40, Sulam Mubtadi, Bahrul Mazi, Perisai Bagi Sekelian Mukhalaf dan beberapa buah kitab Jawi lagi, pengajian yang disampaikan BUKANLAH PENDAPAT PERIBADI USTAZ AZHAR IDRUS tetapi adalah himpunan ilmu-ilmu yang telahpun dihimpunkan oleh ulamak-ulamak muktabar terdahulu dalam mazhab Syafiie (Muhammad bin Idris). Begitu juga bagi setiap jawapan terhadap semua soalan yang ditanya kepada belia, jawapan-jawapan Ustaz Azhar adalah berdasarkan kepada jawapan-jawapan Ulama' Muktabar terdahulu yang terdapat dalam kitab-kitab feqah yang diakui - Ustaz Azhar bukanlah secara suka-suka memberi jawapan mengikut pendapat peribadi beliau.



Penerangan dan huraian bagi setiap persoalan yang ditanya kepada beliau akan dijawab mengikut nas-nas dan dalil-dalil hadis sahih sekiranya dalam perkara yang ditanya itu melibatkan hal yang disepakati oleh jumhur ulamak. Jika hal yang ditanya itu tidak terdapat persepakatan jumhur ulamak dan ada berlaku khilaf, maka kebiasaannya Ustaz Azhar akan memberi perinciannya samada kekhilafan itu ada perbahasannya dalam Mazhab Syafie, Maliki, Hambali atau Hanafi.

Dalam masalah perkahwinan di Sempadan Siam/Thailand, ada banyak kali juga para jemaah dan pendengar yang bertanyakan soalan berkenaan. Dalam kebanyakan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar, soal samada sah atau tidaknya pernikahan yang di lakukan di Siam atau Thailand adalah berkait rapat dengan masalah rukun nikah itu sendiri seperti masalah keizinan wali dan kepatuhan terhadap syarat-syarat sah nikah. Jika kepatuhan kepada turutan wali sebagaimana yang digariskan oleh hukum syarak tidak dipatuhi ataupun terdapat mana-mana rukun nikah dan syarat-syarat nikah tidak dipatuhi, jangankan kata nikah di Thailand, nikah di Malaysiapun kalau syarat-syaratnya menyalahi hukum syarak maka nikahnya tetap tidak sah.

Saya kongsikan di sini petikan TIGA sessi soal jawab yang terdapat dalam kuliah Ustaz Azhar mengenai persoalan nikah di Thailand/Sempadan Siam yang pernah ditanya dan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar untuk dinilai oleh para pembaca. Pada saya sepanjang penyampaian kuliah oleh Ustaz Azhar, tidak ada perkara keliru yang ditimbulkan oleh Uztaz, berkemungkinan besar Saudara Abdullah Ngah yang tidak meneliti betul-betul ke atas jawapan yang diberikan. Semoga semua pihak mendapat kebaikan atas penjelasan ini


LINK BERKAITAN SOALAH NIKAH DI THAILAND DI YOUTUBE:-

http://www.youtube.com/watch?v=JE7idmWxaWI

http://www.youtube.com/watch?v=GCsAlXKHCkg

http://www.youtube.com/watch?v=zCpTlpvUNbE 

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan