Munculnya Cahaya Timur Secara Tiba - Tiba!

LeeSlimShady
Entah masuk hari yang ke berapa para pejuang yang masih percaya pada pengundian yang berada dalam manipulasi gerombolan terus berjuang demi membebaskan suara marhaen dari timur. Nampaknya sinar cahaya dari timur lebih menyerlah dari yang ada dari semenanjung, semangat Iban, dayak dan Kedayan yang bangun dan tak mahu di tipu dari segala helah gerombolan yang kenderai oleh pahin.

Dayak sedar tanah sudah di rembat,Iban sedar bangsa sudah di usir tetapi kini yang ada semangat yang membara untuk bangkit memberontak dam menghumbankan seluruh suku-sakat pahin serta gerombolan ke dalam sungai rajang biar di baham si bujang senang.
 
Namun biar begitu sikap tamak haloba yang ada dalam diri pahin dan mat monggol melebihi segala-galanya. Siapakah barua yang di hantar ke bumi kenyalang? siapakah "mabok" yang sebenarnya kalau bukan SPR.

Ini lah alatnya, ini lah senjatanya untuk terus memastikan semua anak gadis penan di rogol, ini lah alatnya yang di perguna agar semua kekayaan negeri kenyalang ini boleh di angkut dan di bawa ke semenanjung dan seterusnya sangkut ke dalam poket mama penguin.


Ini lah alatnya yang pasti di gunakan untuk mempastikan seluruh keluarga monggol dan pahin terus kaya dan mempastikan rakyat terus bodoh. Apabila rakyat bodoh maka mereka takkan melawan kemiskinan yang di timpakan oleh kepada mereka oleh keluarga pahin.

Kerana andai mereka pandai mereka pastinya akan melawan tapi syukur marhaein timur sudah bankit dari kebodohan, mereka sudah bangkit melawan demi kesejahteraan generasi mereka hari esok.

Kini bersama cahaya muncul semula semangat "ngayau", tajamnya parang, bisanya lada melebihi tumpulnya kemegahan si keris telanjang. Bangun mereka menuntut semula tanah adat demi di warisi generasi hari esok!



Tetapi rahmat dari cahaya yang terbit dari pantai timur sinarnya mengatasi apa yang di fikirkan oleh Lenin dan Trotsky dan mungkin tak terjangkau oleh keduanya. Iban dan Dayak kini bangkit dengan "ngayau" nya dan sudah sepatutnya semangat "ngayau" itu di aplikasi ke Jalanraya dan menghumbankan gerombolan buat selama-lamanya.

Kita sangka Cahaya yang melintasi langit Tunisia dan Mesir akan tiba dari arah barat, meleset sekali sangkaan itu. Cahaya itu tidak tiba dari arah barat di mana letaknya timur tengah tetapi cahaya itu secara tiba-tiba muncul dan terbit dari timur.

Andai Vladimir Lenin dan Leon Trotsky masih hidup sudah pasti mereka akan terkejut bila menyaksikan cahaya timur itu dan sudah pastinya mereka akan membungkus Manifesto Bolsheviks dan menulisnya semula. Kerana perbezaan kekuatan marhaein bukan sekadar diantara ploteriariat dan borjuis.

Tetapi kerana kebangkitan marhaenisma bersama cahaya timur yang pasti akan mengusir kegelapan menghala ke Barat Daya!

Catatan LeeSlimShady

- 6.55 petang,Kapit,Sarawak-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan