Polis dah bertaubat?

Ustaz Saiful Bahri

Pengumuman kelmarin yang dibuat Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menamatkan sistem perangkap laju, yang menjadi punca rungutan notis saman ekor. Khalid berkata pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.

“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” katanya. 

membuktikan sistem perangkap laju dikuatkuasakan selama dua dekad sebenarnya sesuatu yang tidak wajar dan mahu semua saman kerana perangkap laju dibatalkan.

Sebelum ini Presiden PAS, DS Tuan Guru Haji Hadi Awang telah mengumumkan bahawa jika PR dapat menawan Putrajaya, semua saman ekor akan dihapuskan. Masin jugak mulut Tuan Guru Presiden ni. Tu belum memerintah lagi tu... cepat-cepat pihak PDRM ambil perjalanan. Kalau dah perintah Malaysia, PDRM inilah juga yang berkhidmat untuk negara. Sebenarnya bukan apa, BN takut kalau semua yang kena saman ekor itu menolak BN dan mengundi PR dalam pihanraya akan datang macamana? Hisyamudin kena fikir ni semua. Kalau tak sepenggal ini je jadi menteri. esok kan kena jadi pembangkang! ish tak terpikir kita apa jadi???

Sebenarnya selama ini banyak pihak mempertikaikan notis saman dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan. Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS menegaskan langkah terbaru yang diambil PDRM akan menimbulkan beberapa persoalan baru termasuk status saman ekor yang telah dikeluarkan sebelum ini. Justeru beliau mendesak agar saman-saman ekor sebelum ini dihapuskan kerana ia dibuat secara tidak telus.

“Apabila Timbalan Ketua Polis Negara mengumumkan teknik menyorok tidak akan digunakan, apakah status saman ekor yang dikeluarkan dahulu? Apakah status ‘saman ekor’ yang sudah dibayar ekoran paksaan PDRM dengan ugutan menyenarai hitam pemilik kenderaan? “Kase berpendapat bahawa saman ekor yang dikeluarkan dan terdapat di dalam sistem PDRM sebelum pengumuman Timbalan Ketua Polis Negara dibuat hendaklah dihapuskan.
Persoalannya bersediakah pihak kerajaan menghapuskan saman ekor yang lalu. Banyak duit yang akan diperolehi oleh pihak kerajaan. Halal atau halal itu belakang kira tetapi kerajaan memerlukan duit yang banyak. Dahle terpaksa perabih untuk 16 PRK dan PRN Sarawak. Ni nak hadap PRU pulak ni, juga perlukan duit. Kalau dah barang naik, minyak naik… takkan nak hapus pulak saman tol atau nak bayar balik saman ekor yang sudah dibayar. Biasanya apabila dah jadi duit kerajaan tu… maal salamahlah jawabnya.


Persoalannya yang belum bayar? Tak hapus ke? Kita lihatlah Polis nak ikut kaedah mana. Kalau ikut cara Islam. Dah apabila seorang itu bertaubat. Dah beliau mengucap dua kalimah syahadah maka semua dosa maupun kesilapan lepas akan hapus. Dosa kekafiran akan akan dihapus apabila ia memeluk Islam. Kerana itu diharapkan apabila dah PDRM umum bertobat tentang saman ekor, tak sepatutnya bersembunyi untuk menyaman rakyat, maka diharapkan segala saman ekor yang lalu itu diharapkan untuk dihapus sebagaimana permintaan orang ramai. Atau PDRM nak pakai cara dosa warisan? Mengikut Kristian, dosa Adam akan diwariskan kepada keturunan beliau. Terpaksalah tanggung sehingga dibaptiskan dahulu. Hah! Dah bayar saman ekor barulah dihilangkan senarai hitam tu???

Mana satu pilihan PDRM? Tungguuuuu!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan