RAIS TERLIBAT DALAM ROMBAKAN KABINET?


Oleh: MOHD YATIM SUHAILI
KEMELUT yang melanda kepimpinan LDP di Sabah dan Skandal Seks Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Semenanjung mungkin mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengadakan rombakan kabinet dalam masa terdekat.

Ketidak hadiran Rais Yatim bersama Perdana Menteri di Majlis ‘1st Malaysian-Asean Regional Blogger Conference’ di Intercontinental Hotel Kuala Lumpur kelmarin menimbulkan pelbagai spekulasi, terutama sebagai menteri yang bertanggung jawab terhadap dunia internet yang selama ini menjadi penyibuk dengan menyaman para blogger yang ‘mendidihkan darahnya’.

Kenyataan terbuka Perdana Menteri bahawa Malaysia akan meneruskan ‘Dasar Langit Terbuka’ iaitu tidak menapis internet telah memaku erat pendapat Rais di dalam keranda politiknya dan sekali gus membuktikan Rais tidak layak memegang jawatan berkenaan dan wajib dilucutkan daripada jawatannya.

Walaupun sebelum ini Najib agak keberatan ‘memecat’ Rais setelah didakwa terlibat di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan, namun desakan hebat daripada para Blogger dan Siber-Trooper’; ditambah pula oleh sikap tidak profesional Rais menyebabkan dunia memandang Rais sebagai ‘Trojan Horse Virus’ dalam Kabinet Malaysia.

Kekalahan SUPP di Sarawak menyedarkan Najib daripada trauma sekalipun BN memenangi majoriti dua pertiga dalam pilihraya Sarawak, namun peranan para blogger telah melumpuhkan BN di kerusi dominasi Cina.

Maklumat daripada sumber rasmi menyatakan bahawa Najib mungkin melakukan rombakan Kabinet setelah menilai KPI beberapa menteri yang tidak begitu memberangsangkan; termasuk Rais yang mengalami kemelut berpanjangan dengan para blogger termasuk Rocky Bru yang telah mendedahkan Skandal Rasuah Rais kerana anaknya mempunyai kepentingan di dalam kontrak yang ditawarkan oleh kementeriannya.

Ketidak hadiran Rais menimbulkan tanda tanya kepada 300 Blogger yang menghadiri persidangan berkenaan terutama daripada negara Asean kerana Skandal Seks Rais telah merebak begitu cepat; apatah lagi penafiannya tidak disertakan dengan bukti yang melampaui keraguan munasabah.
Jawapannya hanya ada pada Rais kenapa beliau tidak mengiringi Najib dan ‘Sifunya’ Tun Mahathir, tambahan pula persidangan sulung ini amat penting untuk kesinambungan Dasar Langit Terbuka Koridoraya Multimedia yang diasaskan Tun Mahathir dan diteruskan oleh Najib.

Dalam satu perkembangan lain, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K.Liew dijangka dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh setelah Ketua Menteri Sabah menemui formula untuk menyelesaikan kemelut yang melanda LDP setelah Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin memperbaharui ‘persengketaannya’ dengan BN Sabah ekoran pilihan raya umum Sarawak dan kritikan terbuka terhadap ‘kebaculan’ Perdana Menteri memecat Ketua Menteri Sabah dan Sarawak yang dijadikan punca kekalahan BN di 12 kerusi dominan Cina.

Namun selepas persidangan LDP kelmarin, V.K. Liew belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung isu kritikan terbuka Chin; apatah lagi dikhabarkan Chin enggan meminta maaf dan meneruskan niatnya membawa LDP keluar daripada BN yang tidak dipersetujui majoriti Majlis Tertinggi dan Ahli akar umbi LDP.

Mungkin V.K Liew terpaksa menggunakan kuasa ‘Veto’ sebagai Presiden untuk menggantung keahlian Chin dan semua yang terlibat meletakkan garam ke luka Semangat BN yang belum sembuh selepas isu Mazu; dengan mengepam keluar semua ‘gurkha’ yang menyokong Chin atas restu Mantan Presiden, Tan Sri Chong Kah Kiat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan