Rayuan Sumbangan Quran, telekong, Pakaian etc

ramlisdar
Memandangkan MOD nasya dan rakan2 lain ada yang bertanya dan berkeinginan untuk memberi sumbangan. Maka saya buatkan iklan ini. Mohon war-warkan pada rakan-rakan, keluarga dan website lain :

Barang-2 Sumbangan
1. Pakaian yang baru atau hampir baru atau terpakai tetapi nampak baru serta bersih.
2. Quran dan Juz Amma
3. Telekong baru
4. Sejadah
5. Kopiah baru
6. Kain Batek baru
7. Kain Pelikat baru
Juga dengan ada nya permintaan dari rakan-rakan kita yang giat berdakwah di pedalaman Sabah dan juga yang melakukan ibadah Qurban dan Aqiqah di Cambodia . Maka dengan lafaz Bismillah ArRahman ArRahim, saya dengan ini, membuka dengan rasminya penerimaan sumbangan ini dari rakan-rakan dan mereka yang berminat untuk memberi sumbangan
Untuk makluman sumbangan ini akan kami agih-agihkan mengikut keperluan dan permintaan terkini. Antara penerima barang2 sumbangan ini ialah:
1. Rumah anak2 yatim dan miskin
2. Fakir miskin
3. Sekolah Tahfiz / Sekolah Pondok
4. Pendudok Islam di Cambodia
Apa anda perlu buat
1. Pastikan barang2 sumbangan dalam keadaan bersih
2. Pastikan barang2 seperti pakaian dan kain etc di  lipat  dengan elok dan rapi
3. Seelok2nya, barang ini di pack dengan rapi dalam kotak atau plastik
4. Mohon di tuliskan pada kotak atau bekas : ramlisdar, agar tidak bercampor adok dengan sumbangan lain dan untok tujuan lain.
5. Mohon contact Ustaz Abdul Razak bila nak hantar ke tempat pengumpulan sumbangan. Nombor HP Ustaz Abd Razak HP: 0163875780.   Anda juga boleh contact :  ramlisdar@yahoo.com
6. Mohon letakan sumbangan di tempat yang telah di tentukan oleh Ustaz Abd Razak.
Elakan
Barang yang buruk, lusuh dan tidak layak di derma.
Barang2 sumbangan boleh di hantar ke:
Masjid Subang Airport (berdekatan dengan bulatan di international airport lama di Subang)
Saperti yang lepas2 rakan2 yang berdakwah di pendalaman Sabah selalunya akan menjalankan aktiviti mengagih2kan sumbangan semasa Ramadhan yang di jangka jatuh pada 1hb Ogos 2011. Ini bermakna kita ada window period untuk mengumpul lebih kurang 3 bulan. Tarikh tutup penerimaan sumbangan adalah pada 17hb July 2011. Sila patuhi tarikh tutup ini.
Mohon war-warkan pada keluarga, rakan2 yang lain dan juga pada jaringan website yang lain. Moga sama2 mendapat saham
Sekian
Ramlisdar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan